Sunday, September 30, 2012

Majlis Sambutan Hari Lahir Kakitangan dan Pekerja OKU

Pada hari Khamis , 27.09.2012 telah diadakan majlis sambutan ulangtahun bagi meraikan Kakitangan Bengkel Daya Sungai Petani bersama-sama dengan Adik-adik Pekerja OKU yang lahir dari bulan Julai, Ogos dan September . Makanan untuk jamuan pada hari tersebut dibawa oleh kakitangan Bengkel Daya Sungai Petani . Majlis bermula pukul 8.00 pagi dan berakhir 8.30 pagi.

Pada hari tersebut juga, Puan Pengurus BDSP telah menyampaikan sumbangan wang tunai kepada setiap Pekerja OKU sumbangan orang perseorangan.

 Kek Ulangtahun 





 Pekerja OKU dan kakitangan yang diraikan 
Puan Salmah yang lahir pada bulan Julai bersama dengan Cik Zuraihan ,bulan Ogos
 Puan Rosita dan  Puan Salmah (Lahir bulan 7) dan Encik Mohamad Yasir (lahir bulan 9)

Puan Rosita bersama dengan Cik Zuraihan



Pengurus Bengkel Daya Sungai Petani , Puan Nor Faida binti Razalli mewakili orang perseorangan sedang memberikan sumbangan  (Wang tunai ) kepada Pekerja OKU.

No comments:

Post a Comment