Monday, April 6, 2015

GOTONG ROYONG DI REKREASI TUPAH, MERBOK KEDAH


Pada 06/04/2015 pekerja OKU dan kakitangan Bengkel Daya Sungai Petani Kedah, telah mengadakan aktiviti gotong royang yang telah di adakan peranginan rekreasi Tupah Merbok. Aktiviti tersebut melibatkan pekerja OKU dan juga kakitangan Bengkel Daya Sungai Petani Kedah. Selepas aktiviti tersebut semua pekerja OKU berkelah dan mengadakan majlis sambutan hari jadi kepada pekerja OKU yang menyambut hari lahir pada bulan Mac. Ternyata aktiviti seperti ini dapat mengembirakan setiap pekerja OKU yang datang ke sini, namun tidak dapat mandi air terjun kerana bimbang dengan virus kencing tikus @ Leptospirosis.








LAWATAN TIMBALAN MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT.


Pada 02/03/2015 lawatan dari Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Senator Datin Paduka Chew Mei Fun ke Bengkel Daya Sungai Petani Kedah. Beliau telah meluangkan masa selama satu jam untuk beramah mesra dengan pekerja OKU dan kakitangan Bengkel Daya Sungai Petani. Turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah Md Noor Bin Chik, semua PKMD dan ketua institusi.