Monday, January 28, 2013

Sambutan Maulidurrasul 1434H

Bertempat di perkarangan BDSP pada 23 Januari (Rabu) yang lalu, satu majlis telah diadakan sempena Sambutan Maulidurrasul 1434H. Majlis ini adalah anjuran Lembaga Pelawat BDSP dan dibantu oleh wargakerja BDSP. Tema sambutan majlis ini ialah "Sahsiah Membentuk Jati Diri Murni".
 
 
Program dimulakan dengan solat maghrib berjemaah dan diimamkan oleh Ustaz Abdullah iaitu tenaga pengajar sambilan di sini. Selepas solat, majlis tahlil dan bacaan yassin diadakan sementara menunggu waktu solat isya'.
 
Acara majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh pekerja OKU, Mohd Nizam. Kemudian, buat julung kalinya pekerja OKU membuat persembahan intro kompang. Kumpulan yang terdiri seramai 10 orang ini telah mendapat bimbingan daripada En. Nazli dari Institut Perguruan Sultan Abdul Halim.
 
Kumpulan kompang berbaju batik biru
Acara seterusnya ialah persembahan daripada Kumpulan Nasyid Firdaus.
 
Segak berbaju coklat
Kemuncak majlis ialah ceramah yang disampaikan oleh Yg. Bhg. Ust. Haji Khairul Azhar b. Ghazali iaitu Imam Muda Musim Pertama.
 
En. Rosmidi, Ustaz Haji Azhar, En. Azrul & Ustaz Abdullah

Tetamu bersama wargakerja BDSP

Penyampaian cenderahati
 oleh Tn. Haji Abu Seman, Pengerusi Lembaga Pelawat BDSP
Bergambar bersama Pekerja OKU
Majlis ini diakhiri dengan jamuan ringan pada jam 10.30 malam. Keseluruhan tetamu yang hadir ialah sekitar 70 orang.
 
 
 
 
 
 
 

Wednesday, January 23, 2013

Gotong-royong "Institusiku, Syurgaku"

Salam Tahun Baru...

Tahun 2013 baru sahaja bermula. Namun kehidupan di institusi ini masih berterusan seperti kebiasaan. Sebagai pembuka tirai tahun baru, aktiviti BDSP bermula dengan program yang fokus kepada nilai-nilai murni iaitu kerjasama dan kesepakatan.

Bertemakan "Institusiku, Syurgaku", program ini dijalankan secara dua fasa. Fasa pertama ialah pada 11 Januari melibatkan kawasan asrama perempuan. Fasa kedua ialah pada 16 Januari melibatkan kuarters kakitangan dan persekitaran. Semua wargakerja dan pekerja OKU telah turun padang menjayakannya. Termasuk juga pekerja dari Bengkel Penyediaan Makanan yang ringan tulang menyediakan makan minum untuk semua.

Berikut adalah sorotan gambar semasa program ini dijalankan.

Membersih laluan refleksiologi di asrama

Menyedia tempat tanaman

Membersih persekitaran


En. Samsudin (PK) turut membantu

Mengecat laluan

En. Rosmidi dan Tinesviran membersih kipas

Pn. Rosita & Pn. Sh. Azimah membersih lantai rumah tamu

Gembira nampaknya Pn. Ros... :)
CC Aishah leka mencuci kipas

En. Azrul dan Akram mengecat jeriji

En. Sarnizam dengan gaya seorang profesional..hehe
Masih ada lagi beberapa orang kakitangan lain seperti Pn. Nor Faida, En. Zamrei, Cik Zuraihan, En. Yasir, Pn. Salmah dan Pn. Nurul Jannah yang turut berganding bahu menjayakan program ini. Secara keseluruhannya objektif program tercapai kerana kakitangan dan pekerja OKU dapat bekerjasama demi mengembalikan keceriaan tempat ini. Semoga kerjasama ini berkekalan di masa-masa akan datang dan mengeratkan kemesraan semua wargakerja BDSP.