Sunday, September 30, 2012

Kejohanan Bowling Bengkel Daya Sungai Petani

Pada hari Sabtu 22.09.2012 yang lalu, Bengkel Daya Sungai Petani telah mengadakan Kejohanan Bowling bagi tahun 2012 melibatkan kakitangan Pengurusan dan Pentadbiran bersama-sama dengan Pekerja OKU. Kakitangan dan Pekerja  OKU telah dibahagikan kepada 10 kumpulan dimana setiap kumpulan diwakili oleh dua orang kakitangan dan empat orang Pekerja OKU. Kejohahan bermula pada pukul 3.00 petang dan berakhir pukul 6.30 petang.

Pemenang Kejohanan Bowling tahun ini telah dimenangi oleh Kumpulan 10 yang diwakili oleh Puan Rosita binti Abdul Rasid. Naib Johan pula dimenangi oleh Kumpulan 8 yang diwakili oleh Puan Solbiah binti Mustafa, sementara tempat ketiga dimenangi oleh Kumpulan 7 yang diwakili oleh Encik Asyraf bin Mokhtar.
Hadiah kepada semua pemenang telah disampaikan oleh Pengurus Bengkel Daya Sungai Petani, Puan Nor Faida binti Razalli.

Hadiah untuk pemenang 
Puan Junaini (kiri) bersama adik-adik Pekerja OKU
Encik Rosmidi , Pem. Kebajikan  Masyarakat S22 (Baju merah) bersama dengan Adik-adik Pekerja OKU
Encik Azharun, (Berkaca mata) Urusetia pada hari itu sedang membuat pembayaran.
Encik Azrul Azwar, (Baju merah) sedang membahagikan kasut kepada Pekerja OKU
Pengurus BDSP, Puan Faida binti Razalli
Kakitangan pejabat pentadbiran dari kiri, Puan Aishah , Puan Sharifah Noor Azimah dan Cik Zuraihan.


 Puan Nurul Jannah bersama dengan Encik Mohd. Yasir sedang asyik melihat jumlah jatuhan pin 







 Puan Rosita bersama Puan Nor Faida
 Encik Rosmidi bersama dengan Encik Azrul Azwar


 Puan Salmah bersama anaknya, Cik Zuraihan, Puan Sharifah Noor Azimah dan Encik Zamrei.

Puan Aishah (KPT)bersama suami dan anaknya.

 Puan Pengurus Bengkel Daya Sungai Petani bersama dengan suaminya.
 Pekerja OKU bergambar bersama-sama
 bersorak selepas berakhirnya kejohanan



 Kakitangan bergambar bersama-sama dengan Pekerja OKU
Tempat ke 10 (Kumpulan 1)
Hamper bernilai RM100.00
Tempat ke 9 (Kumpulan 4)
Hamper bernilai RM 100.00
Tempat ke 8 (Kumpulan 2 )
Hamper bernilai RM 100.00
Tempat ke 7 (Kumpulan 3)
Hamper bernilai RM 100.00
Tempat ke 6 (Kumpulan 9)
Hamper bernilai RM 100.00
Tempat ke 5 (Kumpulan 5)
Hamper bernilai RM 100.00
Tempat ke 4 (Kumpulan 7)
Hamper bernilai RM 100.00
Tempat ke 3 (Kumpulan 6)
Hamper bernilai RM 100.00
 Tempat ke 2 (Kumpulan 8)
Hamper bernilai RM 130.00
Pemenang kejohanan pada tahun ini dimenangi oleh Kumpulan 10.
Hamper bernilai RM 150.00

Semua hadiah disumbangkan oleh Kelab Bengkel Daya Sungai Petani

No comments:

Post a Comment