Thursday, February 3, 2011

PROSES KEMASUKAN KE BENGKEL DAYA SUNGAI PETANI

PROSES KEMASUKAN

1.Pemohon dikehendaki membuat permohonan melalui  Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah masing-masing.

2.Borang permohonan tersebut akan dipanjangkan  kepada Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri dan akan  terus dihantar ke Bengkel Daya Sungai Petani (BDSP) untuk di proses.

3.Pihak Pengurusan Bengkel Daya akan membuat surat panggilan temuduga.

4.Panel temuduga terdiri dari Pengarah Jabatan Pembangunan OKU(JPOKU), Bahagian Fisioterapi Hospital Sultan Abdul Halim Sg.Petani dan Pengurus Bengkel Daya Sg.Petani.Setelah temuduga berjaya, surat panggilan untuk mendaftarkan diri ke  BDSP akan dihantar oleh pihak pengurusan BDSP kepada pemohon.

5.Tempoh percubaan adalah selama 3 bulan atau sebelum daripadanya.

6.Budi bicara diberikan kepada Pengurus untuk menentukan pekerja–pekerja sama ada terus  diambil bekerja ataupun dikeluarkan atas sebab–sebab kurang  sesuai, ingkar atau
melanggar peraturan yang sedia ada di Bengkel Daya.

Syarat-syarat Kemasukan

-Warganegara
-berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
- Sihat tubuh badan, tiada Penyakit berjangkit.
-berumur 18 hingga 45 thun (tidak cacat penglihatan)
-boleh berdikari atau mengurus diri sendiri tanpa bantuan orang kedua

Kemudahan prasarana
  1. tempat tinggal
  2. dewan makan yang lengkap
  3. kantin disediakan
  4. kemudahan tandas mesra OKU
  5. dikecualikan dari bayaran kemudahan utility
  6. surau dan tempat beribadat
Faedah-faedah dan Inisiatif
  1. Elaun pekerja cacat (EPC) RM300.00.
  2. Elaun Wang Saku RM 75.00
  3. Pendapatan Bulanan
  4. Program riadah, berkelah dan rekreasi dalam Negara

Waktu bekerja

Hari bekerja, waktu dan cuti umum mengikut ketetapan sebagaimana penjawat awam.Termasuk perubahan-perubahan yang diumumkan oleh pihak kerajaan dari masa ke semasa.

No comments:

Post a Comment