Monday, December 13, 2010

Latar Belakang BDSP

Bengkel Daya Sungai Petani Kedah telah beroperasi pada 2 Januari 2003, ketika itu dikenali sebagai Bengkel Terlindung Sungai Petani.Dibina di kawasan seluas 3.5hektar di Jalan Pahlawan Sungai Petani di dalam Kompleks Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Muda. Di Kompleks ini turut menempatkan Pejabat Kebajikan Daerah Kuala Muda.Lokasi Bengkel ini terletak lebih kurang 1.5kilometer dari Bandar Sg.Petani. Kos pembinaan bengkel ini adalah lebih kurang RM 5.6 juta.
Pada awal penubuhan,kemasukan kumpulan sasaran OKU adalah dari Zon utara sahaja namun begitu setelah beroperasi,kemasukan pekerja tidak berapa menggalakkan,kini bengkel ini dibuka kepada golongan OKU dari seluruh negara.
Penubuhan bengkel ini adalah berdasarkan rasional bahawa golongan Orang Kurang Upaya(OKU) juga mempunyai potensi untuk turut memberi sumbangan positif terhadap pembangunan negara. Pada peringkat awal operasi,bengkel ini hanya 12 orang pekerja OKU sahaja,kini jumlah pekerja mencapai 41 orang terdiri dari pelbagai kecacatan seperti anggota,akal,pendengaran dan penglihatan.
Kini bengkel daya Sungai Petani menyediakan peluang pekerjaan yang lebih efisyen kepada golongan Orang kurang Upaya.Terdapat beberapa buah Bengkel seperti bengkel Kicap,bengkel dobi,bengkel coklat,pertanian,ternakan ikan keli,pusat pameran dan jualan dan bengkel jahitan.
Semua kemudahan yang disediakan disini untuk memberi jaminan masa depan yang lebih baik kepada golongan OKU. Setiap pekerja OKU di bayar gaji bulanan termasuk caruman KWSP dan SOCSO selain daripada mendapatkan Elaun Pekerja Cacat (EPC).Pihak pengurusan Bengkel Daya Sg.Petani amat berharap agar matlamat untuk golongan pekerja OKU ini berjaya suatu hari nanti dapat dicapai sepenuhnya untuk meletakkan mereka setaraf dengan orang normal.

No comments:

Post a Comment