Saturday, April 26, 2014

I Love Clinic Solat

Seramai 10 orang pekerja OKU Bengkel Daya Sungai Petani telah menyertai I Love Clinic Solat Exculusive With OKU, yang di anjurkan oleh Pertubuhan Prihatin Orang Kurang Upaya 1Malaysia, bertempat di Masjid Zahir Alor Setar. Program tersebut berlangsung selama dua(2) hari bermula 25hb April 2014 hingga 26hb April 2014. Program tersebut juga telah dihadiri oleh PDK(Pemulihan Dalam Komuniti) negeri Kedah. Antara akviti yang telah dijalankan ialah bercerita, mewarna, nasyid, mengalunkan azan dan semua peserta juga diajar cara menunaikan solat dengan betul.


 Keratan akhbar Sinar 26hb April 2014, Pekerja OKU Ahmad Nizam Bin Ismail beramah mesra
 dengan  Presiden Pertubuhan Prihatan Orang Kurang Upaya 1Malaysia 
Pn. Noorul Huda Huda Mohamed

Pekerja OKU yang terlibat dalam menghadiri Program I Love Clinic Solat Exclusive with OKU
 bergambar kenangan berlatarbelakangkan Masjid Zahir Alor Setar Kedah.


Pekerja OKU diajar cara-cara sembahyang yang betul oleh Fasilitator yang terlibat
Salah seorang pekerja OKU Bengkel Daya Sungai Petani telah di temuramah oleh Fasilitator

Para peserta asyik mendengar taklimat
Para peserta asyik mendengar taklimat
Para peserta asyik mendengar taklimat
Para peserta asyik mendengar taklimat
Para peserta asyik mendengar taklimat


Salah seorang pekerja OKU yang sedang belajar
 bagaimana cara untuk menunaikan solat dengan betul.



Sunday, April 20, 2014

Program Tautan Kasih Universiti Sains Malaysia


  Terima kasih di ucapkan kepada semua pelajar Universiti Sains Malaysia kerana menganjurkan Program Tautan Kasih (TKK) Anjuran Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat Universiti Sains Malaysia yang diadakan pada 20hb April 2014. Program ini disertai oleh seramai 41 orang pelajar yang diketuai oleh Cik Nordiyana. Antara pengisian program tersebut ialah lawatan ke bengkel -bengkel dan kerja gotong-royong bersama pekerja OKU Bengkel Daya Sungai Petani. Program ini berakhir pada jam 1.00 petang.

ANTARA GAMBAR  PROGRAM YANG TELAH DI JALANKAN DI BENGKEL DAYA SUNGAI PETANI KEDAH OLEH PELAJAR UNIVERSITI SAINS MALAYSIA




















Tuesday, April 15, 2014

PROMOSI JUALAN DI HOSPITAL SULTAN ABDUL HALIM SUNGAI PETANI KEDAH.

Pekerrja OKU sedang menyusun produk untuk jualan


Antara pelanggan yang singgah ke gerai Bengkel Daya Sungai Petani Kedah

Pekerja OKU berehat, sementara menunggu pelanggan


Pada 13hb April 2014, Bengkel Daya Sungai Petani Kedah telah mendapat tapak untuk mempromosikan jualan produk di lobi Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani Kedah. Antara produk jualan yang di jual adalah seperti produk dari bengkel kicap, produk bengkel jahitan, produk bengkel makanan dan geleria. Pihak pengurusan Bengkel Daya Sungai Petani Kedah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengarah Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani kerana telah memberikan kebenaran untuk mempromosikan produk jualan yang dihasilkan oleh OKU pada dua (2) kali setiap bulan. Dengan kebenaran dan  kerjasama yang telah diberikan oleh pihak Pengurusan Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani Kedah, sekaligus dapat membantu golongan OKU menjana pendapatan mereka.




PROGRAM KEMBARA KEBAJIKAN 1 MALAYSIA FAMILY CARE PERINGKAT NEGERI KEDAH

Bengkel Daya Sungai Petani Kedah telah menerima jemputan ke Program Kembara Kebajikan 1 Malaysia Family Care Peringkat Negeri Kedah yang diadakan pada 10hb April 2014 yang bertempat di Padang Awam Desa KEDA Asam Jawa, Pendang Kedah. Program tersebut telah di rasmikan oleh Exco Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato' Suraya Yaacob, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian danAsas Tani, Pembangunan Usahawan. Program ini bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 4.00 petang. Antara aktiviti yang di jalankan adalah seperti aktiviti mewarna untuk kanak-kanak dan juga pameran dan jualan. Bengkel Daya Sungai Petani telah menjual produk jualan seperti ice blended, cadar, kicap dan produk kraf. Gerai Bengkel Daya Sungai Petani telah dikunjungi oleh YB Dato' Suraya Yaacob dan diiringi oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Tuan Haji Zulkiply Bin Ramli.
 
 

YB  Dato' Suraya Yaacob Exco Kerajaan Negeri Kedah diiringi oleh
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JKMM Tn Haji Zulkifly Bin Ramli melawat ke gerai
 Bengkel Daya Sungai Petani




                                              

Sunday, March 30, 2014

Kejohanan Bowling Piala Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah Tahun 2014

Bertempat di Sejati Bowling, Park Avenue pada 27 Mac 2014, kejohanan bowling ini diadakan diantara PKMD dan Institusi bagi seluruh Negeri Kedah. Program dirasmikan oleh YB. Encik Ali Yahaya, ADUN Pantai Merdeka. BDSP diwakili oleh En. Azharun, Pn. Junaini, En. Zamrei dan En. Rahim. Penyertaan tanpa menaruh sebarang harapan pada awalnya, mencetus kegembiraan apabila BDSP diumumkan memenangi tempat ketiga. Tahniah kepada pemenang.

Berikut adalah gambar sekitar aktiviti dijalankan.


 













Sunday, March 23, 2014

Kerongsang bunga

Tajuk entry macam tajuk lagu pula. Kali ini nak perkenalkan produk buatan tangan dari PDK Gulau, Daerah Sik. Produk ini dijual sepasang dan mempunyai pelbagai paduan warna. Cantik digayakan pada tudung dan sebagai butang baju kurung mahupun kebaya. Anggaran saiz bagi setiap satu ialah 4cm.
 
Harga: RM5/sepasang
 
Pelbagai jenis dan warna

Bentuk seakan-akan butang cheongsam

 
 
 Hubungi kami untuk maklumat/pertanyaan/tempahan sekarang!!

No.telefon: 04-4217233 (waktu pejabat)
Sms/whatsapp: 019-2649751
Emel: bengkel_daya@yahoo.com
 
 
 
 
 
 

Merahnya Mak Ngahhhh!

Ini dia stok produk dari PDK Mustika, Daerah Yan telah sampai ke BDSP. Produk dari kain baldu ini merupakan signature produk PDK tersebut. Ia sangat sesuai untuk dijadikan cenderahati atau hadiah untuk kanak-kanak. Boleh juga dijadikan rantai kunci. Warnanya....hmm memang mengancam habiss!
 
Harga: RM2.50 setiap satu

Cili merah @ cabai (saiz 10cm)

Strawberry (saiz 5cm)

Produk ini boleh didapati di Galleria BDSP. Anda juga boleh membeli secara online dan pihak PDK Mustika bersedia menerima tempahan dengan kuantiti yang banyak.
 
 
Hubungi kami untuk maklumat/pertanyaan/tempahan sekarang!!

No.telefon: 04-4217233 (waktu pejabat)
Sms/whatsapp: 019-2649751
Emel: bengkel_daya@yahoo.com