Tuesday, April 15, 2014

PROMOSI JUALAN DI HOSPITAL SULTAN ABDUL HALIM SUNGAI PETANI KEDAH.

Pekerrja OKU sedang menyusun produk untuk jualan


Antara pelanggan yang singgah ke gerai Bengkel Daya Sungai Petani Kedah

Pekerja OKU berehat, sementara menunggu pelanggan


Pada 13hb April 2014, Bengkel Daya Sungai Petani Kedah telah mendapat tapak untuk mempromosikan jualan produk di lobi Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani Kedah. Antara produk jualan yang di jual adalah seperti produk dari bengkel kicap, produk bengkel jahitan, produk bengkel makanan dan geleria. Pihak pengurusan Bengkel Daya Sungai Petani Kedah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengarah Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani kerana telah memberikan kebenaran untuk mempromosikan produk jualan yang dihasilkan oleh OKU pada dua (2) kali setiap bulan. Dengan kebenaran dan  kerjasama yang telah diberikan oleh pihak Pengurusan Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani Kedah, sekaligus dapat membantu golongan OKU menjana pendapatan mereka.




No comments:

Post a Comment