Wednesday, May 13, 2015

Asia Pacific Supported Employment & Job Coach Seminar

Bertempat di Hotel The Royale Chulan Kuala Lumpur, Seminar Asia Pacific Supported Employment & Job Coach telah diadakan di bawah anjuran JKMM. Seminar ini berlangsung pada 5-6 Mei 2015 dan mendapat penyertaan dari lebih 10 buah negara Asia Pasifik. Penyertaan BDSP diwakili oleh Pn. Nor Faida dan Pn. Nurul Jannah.

Objektif  seminar ini diadakan ialah untuk mempromosi sokongan bekerja agar berterusan kepada OKU. Selain itu, seminar ini memberi pendedahan tentang peranan job coach dalam pelaksanaan sokongan bekerja. Ia berperanan sebagai medium perkongsian pengalaman dan pengetahuan diantara peserta dari negara-negara yang terlibat. Seterusnya, seminar ini diharapkan dapat mengukuhkan potensi hubungan antarabangsa diantara rangkaian job coach.

Antara pengisian seminar ialah Taklimat Job Coach oleh Pro. Hiroshi Ogawa, Pengarah Rangkaian Job Coach Jepun dari Otsuma Women University. Empat negara diberi peluang berkongsi pengalaman tentang pelaksaaan job coach di negara masing-masing iaitu Jepun, China, Filipina dan Singapura. Disamping itu, Malaysia turut berkongsi pengalaman melalui taklimat yang disampaikan oleh Tuan Nik Omar, Pengarah Jabatan Pembangunan OKU, JKMM.

Seminar ini dirasmikan oleh Menteri KPWKM iaitu YB. Dato' Sri Rohani Abdul Karim.

Antara perkara yang menarik sewaktu seminar ini ialah perkongsian pengalaman kerja oleh Cik Yurie Shibuya, seorang OKU Maslaah Pembelajaran yang berkerja di kilang kosmetik terkemuka, Shiseido Co. Ltd di Osaka. Beliau mempunyai diari peribadi yang dicatat apa yang dilakukannya setiap hari di tempat kerja. Falsafah yang dipegang oleh beliau "I Work, I can Work dan I'll keep on Working".




No comments:

Post a Comment