Tarikh: 10 Februari 2014
Tempat: PKMD Sik
Penglibatan: Pegawai OKU dan Penyelaras PDK Daerah, Penyelia PDK Sik, Penyelia PDK Gulau dan Penyelia PDK Jeneri
Tuesday, February 11, 2014
Roadshow BDSP untuk Economic Empowerment Programme dan Job Coach Siri I bersama JICA ke Sik
Roadshow BDSP untuk Economic Empowerment Programme dan Job Coach bersama JICA Siri I ke Pendang
Tarikh: 5 Februari 2014
Tempat: Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Pendang
Penglibatan: Pegawai OKU Daerah, Penyelaras PDK Daerah dan Penyelia PDK Pendang
Tempat: Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Pendang
Penglibatan: Pegawai OKU Daerah, Penyelaras PDK Daerah dan Penyelia PDK Pendang
Roadshow BDSP untuk Economic Empowerment Programme (EEP) dan Job Coach bersama JICA Siri I ke Daerah Yan
Tarikh: 4 Februari 2014 (Selasa)
Tempat: PDK Mustika, Yan
Penglibatan: Pegawai OKU Daerah, Penyelaras PDK Daerah, Penyelia PDK Mustika, Penyelia PDK Nur Kasih dan Penyelia Rumah Amal Yan.
Tuesday, January 28, 2014
Mamat OKU cekal bina hidup

AJIL – Kecacatan fizikal bukan penghalang untuk lelaki bujang ini memasang impian dan tiada halangan yang mampu mematahkan semangatnya dalam usaha meneruskan kehidupan seperti insan lain.
Mamat Abdullah, 53 tahun dari Kampung Felda Bukit Bading boleh berbangga dengan pencapaian diri biarpun nampak daripada luarannya mustahil, tetapi jiwanya kental menentang apa sahaja rintangan yang mendatang sehingga berjaya membuka bengkel motosikal miliknya.
“Sejak kecil lagi memang saya minat bekerja kerana tidak suka bergantung kepada orang lain untuk mencapai sesuatu di dalam hidup ini.
“Alhamdulillah sekarang saya mampu memiliki bengkel motosikal setelah menyertai Persatuan Orang Cacat Malaysia dengan mengikuti kursus yang dianjurkan bersesuaian dengan minat saya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Kebajikan Rakyat 1Malaysia di Dewan Sivik Ajil.
Kata Mamat, dia memasang impian untuk mengembangkan lagi perniagaannya supaya dikenali ramai kerana buat masa ini pelanggannya terdiri daripada mereka yang berada di kawasan kampungnya sahaja.
Katanya, kalau dalam sebulan, hendak dapatkan RM150 payah, kebanyakannya dia hanya memperoleh antara RM30 dan RM100 sahaja.
“Saya bersyukur dapat duit bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan, dengan duit ini boleh menampung bayaran sewa kedai, bil air dan elektrik serta belanja seharian.
“Tetapi kalau terpaksa keluar ke bandar Ajil untuk mencari ‘barang’ motor, kena belanja lebih untuk bayar tambang teksi,” katanya.
Sementara itu, mengimbau kisah hidupnya, menurut Mamat ketika berusia tiga tahun, dia mengalami demam panas dan tidak menyangka selepas itu, keadaannya tidak normal, namun kecekalannya meneruskan hidup membuka mata banyak pihak untuk menghulurkan bantuan.
Kehidupan Mamat berubah setelah dia menyertai persatuan itu sekitar 1980 dan mempelajari selok-belok membaiki enjin motosikal.
Dia menggunakan ilmu yang diperoleh sebaik mungkin sehingga berjaya bergelar usahawan dengan memiliki Bengkel Din Motor sejak 10 tahun lalu di Kampung Felda Bukit Bading.
Sumber : Sinar harian
Wartawan Sinar Harian
1 Mac 2012

Semangat Latip tidak tempang
Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
utusanmelaka@utusan.com.my
utusanmelaka@utusan.com.my
Asmah Abdul Rahman menyampaikan Anugerah Tokoh Usahawan OKU Negeri Melaka 2009 kepada Latip Md. Isa di Ayer Keroh, Melaka, kelmarin.
|
MELAKA 7 April Suatu masa dulu, Latip Md. Isa yang cacat kaki kirinya kerana menghidap polio sejak dilahirkan pernah dihina ketika mahu membeli peralatan untuk memulakan perniagaan.
Keadaan Latip, 53, yang tiada kaki kiri menyebabkan dia dipandang rendah oleh masyarakat dan dianggap tidak berkemampuan untuk melakukan sebarang pekerjaan.
Namun, katanya, kata-kata hinaan tersebut membolehkannya kini menikmati pendapatan RM60,000 sebulan hasil perniagaan pemprosesan ayam daging dan perkhidmatan sewaan kanopi, lori dan katering di Bachang di sini.
Saya masih ingat lagi, pada ketika itu saya baru berjinak-jinak mengusahakan ternakan ayam, hasil jualan ayam, saya ada menyimpan sejumlah wang untuk dijadikan modal.
Kemudiannya, saya bertanyakan harga sebuah peralatan di sebuah kedai namun dengan pandangan yang mengejek, pemilik kedai itu menyatakan saya tidak perlu bertanyakan harga barang tersebut kerana melihat keadaan saya, dia merasakan saya tidak mampu, katanya.
Latip ditemui pada majlis sambutan Hari Orang Kurang Upaya (OKU) peringkat negeri yang disempurnakan oleh Pengerusi Anggota Badan Amal Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Negeri Melaka (Bistari), Datuk Wira Asmah Abdul Rahman di sini semalam.
Pada majlis itu, Latip menerima anugerah Tokoh Usahawan OKU daripada sembilan tokoh OKU lain yang dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri dengan tujuan mengiktiraf potensi golongan itu meningkatkan kehidupan melalui kerjaya masing-masing.
Selain Latip, turut menerima anugerah Tokoh OKU 2009 iaitu Tuah Atan; Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Cemerlang (PDK Seri Pengasih Durian Tunggal); Petugas PDK Cemerlang (Zuraidah Jasmi); Pelatih PDK Lelaki dan Wanita Cemerlang (Mohammad Sapri Mamat, Norlin Yusof) manakala Tokoh Pekerja OKU menerima Hashim Ishak.
Latip yang merupakan anak sulung daripada enam beradik dan hanya kurang upaya dalam keluarganya itu beranggapan kecacatan yang dialaminya itu tidak pernah menghalang minatnya menceburkan diri dalam perniagaan.
Biarpun terpaksa berjalan tempang kerana kaki kiri disokong oleh alat besi di dalamnya, ia tidak mematahkan semangat saya untuk meluaskan perniagaan jualan ayam daging dan tahun lalu, saya menambah perniagaan kepada menyewa kanopi, lori dan katering.
Alhamdulillah, saya kini mampu menikmati pendapatan kasar sehingga RM60,000 sebulan walaupun ketika mula-mula menternak dan memproses ayam, ia hanya daripada belas kasihan pemilik perusahaan tersebut, katanya.
Sementara itu, Tuah, 50, pula adalah pemilik dua buah firma guaman di Kuala Lumpur dan Melaka dengan salah satunya iaitu Tuah Hilmy dan Hazudin.
Dia yang dilahirkan tanpa kedua-dua kaki dan cacat tangan kiri menyatakan kejayaannya hari ini adalah hasil pengorbanan dan kasih sayang yang diberikan oleh kedua ibu bapanya walaupun dilahirkan sebagai golongan OKU.
Saya mempunyai sembilan adik beradik, semuanya dilahirkan normal namun ibu bapa saya tidak pernah membeza-bezakan kami. Kasih sayang mereka terhadap kami diberi sama rata.
Kasih sayang kedua mereka menjadikan saya seorang yang berjaya hari ini sebab itu, saya sanggup mengorbankan segala-galanya terutama masa bekerja demi menjaga ibu walau dia hanya sakit biasa, bapa pula sudah meninggal dunia pada 2005 lalu, katanya
Pada masa sama, dia meminta ibu bapa yang mempunyai anak OKU agar tidak bimbang atau malu sebaliknya memberi perhatian penuh dan pelajaran untuk anak itu berjaya pada masa depan.
Tuah juga antara penggubal utama dalam kerja-kerja merangka dan menyediakan Akta OKU 2008 sehingga berjaya dibentangkan pada 2008 lalu.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0408&pub=utusan_malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm#ixzz2reame24r
© Utusan Melayu (M) Bhd
OKU jadi jutawan
KANGAR 28 Dis. - Sukar untuk mempercayainya, tetapi dengan bermodalkan RM10 yang disumbangkan oleh persatuan Belia 4B mendorong orang kurang upaya (OKU), M. Kumaran, 48, berusaha gigih dan kini bergelar jutawan.
Soal percaya atau tidak, terserahlah kepada khalayak.
Duit RM10 itu adalah ihsan Persatuan Belia 4B yang berpusat di Eatet Ladang Patani, Para Estet di Bidong, Kedah pada tahun 1979 kerana Kumaran miskin dan cacat.
Kumaran diberi wang itu kerana berstatus OKU setelah kaki kirinya tidak dapat diselamatkan, terpaksa dipotong akibat kemalangan jalan raya ketika berumur 18 tahun iaitu pada tahun 1979.
Waktu kejadian, Kumaran adalah kelindan lori ketika mula mencari sesuap nasi selepas menukar kerjaya daripada seorang penoreh getah.
"Mulai tahun 1979 saya keluar dari kawasan estet menjadi kelindan lori. Dulu, tempat duduk kelindan bukan di sebelah pemandu, tetapi di atas lori bersama muatan. Malang menimpa. Lori terbaik dalam kejadian kira-kira pukul 11.45 pagi.
"Ketika itu kami dalam perjalanan dari Butterworth, Pulau Pinang ke Bukit Tengah, Butterworth," ujarnya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Apabila diajukan soalan lain, Kumaran termenung seketika, lalu menjawab: "Saya tercampak bersama muatan. Yang tahu ketika itu hanya menanggung kesakitan. Sakit yang amat sangat apabila kaki kiri dihimpit lori papan. Saya cuba melepaskannya, tetapi gagal."
Berikutan kecelakaan tersebut, Kumaran dikejarkan ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk rawatan lanjut selama 10 hari.
Ketika di hospital, pakar perubatan sedaya upaya mengubati semua kecederaan sehingga berjaya, kecuali kaki kiri.
"Doktor tidak ada pilihan. Kaki kiri saya terpaksa dipotong paras lutut. Waktu itu hanya Tuhan sahaja yang tahu. Kesedihan yang saya alami tidak mampu dizahirkan, sama ada secara lisan atau tulisan," ujarnya.
Setelah kaki kiri dipotong katanya, beliau ditempatkan tiga bulan di hospital berkenaan dan hatinya sekali lagi tersentak apabila terpaksa pulang ke kampung berbekalkan sebatang tongkat kayu untuk berjalan.
"Selain modal RM500, JKM menyediakan satu kedai kepada saya dengan sewa RM60 sebulan di Medan Datuk Jaafar Hassan di sini mulai tahun 1982," ujarnya.
Setelah melihat peluang perniagaan membuat tanda nama begitu cerah, Kumaran yang tidak mempunyai modal telah bertemu Menteri Kebajikan Masyarakat, Tan Sri Aishah Ghani sehingga berjaya memperoleh bantuan JKM untuk membeli mesin membuat tanda nama berharga RM1,200.
Selain sibuk menyiapkan produk permintaan pelanggan di seluruh Perlis, usahawan ini juga aktif ke Kedah kerana prinsipnya dalam perniagaan ialah tiada sempadan negeri asalkan sah.
Kanmani kini menuntut di Moscow dalam jurusan perubatan, sementara Kanimoli mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Ekonomi di Universiti Utura Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah, manakala Paventhan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Apabila diminta menyatakan nilai hartanah semasa bagi tiga premis kedai dan tujuh rumahnya, sambil tersenyum Kumaran berkata:
Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
Oleh BAZLI ABDUL RAHMAN
utusanperlis@utusan.com.my
utusanperlis@utusan.com.my
Kumaran menunjukkan produk terbaru di kedainya.
|
Soal percaya atau tidak, terserahlah kepada khalayak.
Duit RM10 itu adalah ihsan Persatuan Belia 4B yang berpusat di Eatet Ladang Patani, Para Estet di Bidong, Kedah pada tahun 1979 kerana Kumaran miskin dan cacat.
Wang itu dipinjamkan sebagai duit tambang untuk membolehkan Kumaran mengikuti Kursus Usahawan anjuran Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Perlis yang diadakan di sini.
Kumaran diberi wang itu kerana berstatus OKU setelah kaki kirinya tidak dapat diselamatkan, terpaksa dipotong akibat kemalangan jalan raya ketika berumur 18 tahun iaitu pada tahun 1979.
Waktu kejadian, Kumaran adalah kelindan lori ketika mula mencari sesuap nasi selepas menukar kerjaya daripada seorang penoreh getah.
"Mulai tahun 1979 saya keluar dari kawasan estet menjadi kelindan lori. Dulu, tempat duduk kelindan bukan di sebelah pemandu, tetapi di atas lori bersama muatan. Malang menimpa. Lori terbaik dalam kejadian kira-kira pukul 11.45 pagi.
"Ketika itu kami dalam perjalanan dari Butterworth, Pulau Pinang ke Bukit Tengah, Butterworth," ujarnya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Apabila diajukan soalan lain, Kumaran termenung seketika, lalu menjawab: "Saya tercampak bersama muatan. Yang tahu ketika itu hanya menanggung kesakitan. Sakit yang amat sangat apabila kaki kiri dihimpit lori papan. Saya cuba melepaskannya, tetapi gagal."
Berikutan kecelakaan tersebut, Kumaran dikejarkan ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk rawatan lanjut selama 10 hari.
Ketika di hospital, pakar perubatan sedaya upaya mengubati semua kecederaan sehingga berjaya, kecuali kaki kiri.
"Doktor tidak ada pilihan. Kaki kiri saya terpaksa dipotong paras lutut. Waktu itu hanya Tuhan sahaja yang tahu. Kesedihan yang saya alami tidak mampu dizahirkan, sama ada secara lisan atau tulisan," ujarnya.
Setelah kaki kiri dipotong katanya, beliau ditempatkan tiga bulan di hospital berkenaan dan hatinya sekali lagi tersentak apabila terpaksa pulang ke kampung berbekalkan sebatang tongkat kayu untuk berjalan.
Namun begitu, Kumaran tidak mudah mengaku kalah apabila setahun kemudian beliau membelanjakan RM1,400 untuk membeli kaki palsu.
Berbekalkan kaki palsu, di peringkat awal, anak muda itu bercadang menjadi pekerja di stesen minyak sebagai juru pam.
"Ketika asyik mencari kerja, saya yang menyertai Belia 4B dipilih mengikuti Kursus Usahawan selama 14 hari di Kangar. Disebabkan duit tambang tidak ada, Belia 4B bagi pinjaman RM10.
"Selepas mengikuti kursus, saya memohon bantuan modal perniagaan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Saya memohon dari JKM Perlis setelah menetap di Kangar. Saya memperoleh RM500 untuk dijadikan modal pusingan.
"Selain modal RM500, JKM menyediakan satu kedai kepada saya dengan sewa RM60 sebulan di Medan Datuk Jaafar Hassan di sini mulai tahun 1982," ujarnya.
Di premis itu, Kumaran memulakan perniagaan membuat papan tanda dan bingkai gambar, diikuti membuat tanda nama berikutan ketetapan bagi kakitangan kerajaan menggunakan tanda nama seperti yang dikehendaki oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 1983.
Setelah melihat peluang perniagaan membuat tanda nama begitu cerah, Kumaran yang tidak mempunyai modal telah bertemu Menteri Kebajikan Masyarakat, Tan Sri Aishah Ghani sehingga berjaya memperoleh bantuan JKM untuk membeli mesin membuat tanda nama berharga RM1,200.
"Mesin tanda nama yang disumbangkan oleh JKM tahun 1983 itu sampai sekarang masih ada," ujar beliau sambil menunjukkan mesin tersebut di kedai pertamanya di Perusahaan Cahaya Murni Enterprise yang terletak di No. 2, Tingkat Bawah, Medan Bazar Kangar.
Selain premis itu, beliau juga mempunyai sebuah lagi kedai iaitu Fawarra Murni Sdn. Bhd., di No. 11, juga di Medan Bazar Kangar.
Satu lagi syarikat milik Kumaran ialah Cahaya Tujuh Enterprise yang berpusat di Jalan Jubli Perak, juga di Kangar.
Perkhidmatan yang disediakan termasuklah membuat sulaman logo, logo bercetak, barangan cenderamata, cop getah, tanda nama sulam, kad perniagaan dan papan iklan.
Di ketiga-tiga premis berkenaan, beliau mempunyai enam pekerja termasuk empat OKU yang setiap orang berpendapatan antara RM650 hingga RM700 sebulan.
Selain sibuk menyiapkan produk permintaan pelanggan di seluruh Perlis, usahawan ini juga aktif ke Kedah kerana prinsipnya dalam perniagaan ialah tiada sempadan negeri asalkan sah.
Hasil kegigihan Kumaran sejak berusia 18 tahun, beliau yang mendirikan rumah tangga dengan K. Kumutha Devi dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Kanmani, gadis berusia 22 tahun dan Kanimoli pula berumur 20 tahun manakala anak lelaki bongsunya, Paventhan, 17.
Kanmani kini menuntut di Moscow dalam jurusan perubatan, sementara Kanimoli mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Ekonomi di Universiti Utura Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah, manakala Paventhan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Sekarang, Kumaran memiliki dua kereta iaitu Toyota Camry dan Toyota Vios.
Ditanya mengenai rumahnya pula, jutawan itu mengakui memiliki lapan buah, iaitu satu daripadanya dijadikan kediaman sekeluarga manakala tujuh lagi disewakan.
Apabila diminta menyatakan nilai hartanah semasa bagi tiga premis kedai dan tujuh rumahnya, sambil tersenyum Kumaran berkata:
"Tiga kedai itu setiap satunya berharga kira-kira RM500,000 berbanding sewaktu dibeli RM54,400 sebuah. Nilai rumah pula antara RM180,000 hingga RM380,000 sebuah."
Menyentuh wang RM10 yang dipinjam dari persatuan Belia 4B untuk mengikuti Kursus Usahawan di Kangar dulu pula, Kumaran berkata, ia sudah dibayar balik.
Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
Semangat cekal walaupun cacat
2010/11/09 - 06:31:43 BH Online
ZAMRI dan Asmah selepas majlis penyampaian anugerah
sempena Sambutan Hari OKU Peringkat NegerI Kedah 2010 di Ruang Legar Kulim
Landmark Central, semalam.
Zamri, Asmah diiktiraf sebagai Usahawan OKU
Cemerlang Kedah
KULIM: Atas inisiatifnya sendiri, dia berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang undang-undang. Bagaimanapun, setakat setahun, dia menangguhkan pengajiannya atas faktor peribadi.

Sebelum ke UiTM, dia belajar di Kolej Sultan Abdul Hamid di Alor Setar, tetapi kemalangan jalan raya pada 1988 membantut persekolahannya di Tingkatan Empat apabila dia lumpuh daripada aras pinggang hingga ke bahagian bawah anggotanya.
Namun dia tetap menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2000 sebagai calon persendirian sehingga berjaya menjejak kaki ke UiTM.
Selepas menghentikan pengajiannya di UiTM, orang kurang upaya (OKU) ini, Zamri Mansor, pulang ke kampungnya di Kampung Pantai Halban, Jitra dan menjadi peraih udang di Pasar Cina, Jitra bermodalkan RM50.
Selama dua tahun dia berniaga udang segar yang dibelinya terus daripada nelayan di Kuala Sanglang dan Kuala Kedah dengan berulang-alik setiap hari menunggang motosikal diubah suai.
Dia mampu menghabiskan jualan antara 50 hingga 60 kilogram udang sehari.
“Tapi, usaha ini amat meletihkan kerana saya tiada pembantu. Lagipun saya terpaksa memikul sendiri tong berisi udang 30 hingga 50 kilogram setiap hari.
“Kecederaan di pinggang yang saya alami selama ini menyebabkan saya mengambil keputusan mengundurkan diri,” katanya yang kini berusia 38 tahun.
Namun, sifat tidak mudah menyerah kalah yang sentiasa ada pada dirinya, menjadikan anak keempat daripada tujuh adik beradik ini menceburi pula bidang kontraktor dengan menjalankan kerja senggaraan, termasuk laluan pejalan kaki untuk OKU di pejabat kerajaan di sekitar Kubang Pasu mulai 2004 hingga 2007.
Berbekalkan pengalaman tiga tahun yang ditimba daripada menjalankan kerja subkontraktor itu, Zamri kemudian memberanikan diri mendaftar sebagai kontraktor Kelas F di bawah nama Syarikat Hangaku Selenggara Enterprise pada 2008.
Pengalaman perit sebelum berjaya seperti orang lain turut dialami Asmah Bakar, 46, dari Taman Rasa Sayang, Bedong, yang sebelah kakinya cacat akibat polio.
Dia yang berkerusi roda tidak pernah menjejakkan kaki ke bangku sekolah.
Namun, dia kini yang lebih 15 tahun berpengalaman menjahit pakaian wanita serta baju Melayu lelaki, memiliki pelbagai mesin jahit bernilai lebih RM100,000 di kedai jahitnya di Bangunan Mara di Pekan Bedong.
Kejayaan kedua-dua OKU ini tidak terlepas pandang oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) Malaysia yang mengiktiraf mereka sebagai Usahawan OKU Cemerlang 2010 Kedah pada satu majlis di sini, semalam. – BERNAMA
Subscribe to:
Posts (Atom)