Showing posts with label Lawatan. Show all posts
Showing posts with label Lawatan. Show all posts

Sunday, May 4, 2014

Lawatan Sambil Belajar ke Negeri Terengganu


Bengkel Daya Sungai Petani Kedah telah mengadakan lawatan ke negeri Terengganu Darul Iman.Terima kasih di ucapkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu kerana telah menaja makan malam kepada semua peserta lawatan yang terdiri daripada pekerja OKU dan kakitangan Bengkel Daya Sungai Petani. Lawatan selama 3 hari 2 malam, banyak memberi kenangan manis kepada semua pekerja OKU dan kakitangan yang telah menyertai lawatan ini. Antara tempat yang dilawati seperti, Pusat Tamadun Islam, STR Batik Sdn Bhd, Bengkel Pemulihan Marang, Taman Monumen dan selepas itu kesemua peserta lawatan diberi peluang membeli belah di Pasar Payang .Lawatan kali ini dapat memberikan pengetahuan dan pengalaman, khususnya kepada pekerja OKU yang begitu gembira sekali, ini dapat dilihat daripada riak wajah masing-masing.Terima kasih di ucapkan kepada semua kakitangan yang terlibat dalam menjayakan lawatan sambil belajar pada kali ini bagi tahun 2014, khususnya kepada Pengurus Bengkel Daya Sungai Petani Kedah, Puan Nor Faida Binti Razalli yang memberi idea untuk lawatan ke negeri Terengganu pada kali ini.


ANTARA GAMBAR LAWATAN 

Peserta bersiap-siap sebelum perjalanan bermula










Penyampaian cenderahati kepada En. Fadhuli, Pengetua TSH Kuala Terengganu

Cenderahati diberi kepada En. Shaballah, Timbalan Pengarah JKMN Terengganu

Cenderahati kepada En. Mohamad Nor, wakil dari Pejabat Menteri Besar Terengganu yang sudi menaja makan malam di Restoran Terapung


lawatan ke STR Batik, Kuala Ibai






Cenderahati kepada pengusaha STR Batik, kak Mar



Wargakerja BDSP diberi peluang mencanting
















Monday, April 29, 2013

Sambutan kehadiran KSU & KP

Pada 24 April 2013, wargakerja BDSP berasa sangat teruja dan berbangga menerima kehadiran Y.Bhg. Dato' Sri Dr. Noorul Ainur Mohd Nor, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga & Masyarakat bersama-sama Dato' Norani Hj. Mohd Hashim iaitu Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kehadiran mereka adalah sempena Program Gempur KARISMA Parlimen Merbok yang diadakan di Dewan Masyarakat Penyayang, PKMD Kuala Muda.
 
Memandangkan ini merupakan lawatan pertama, semua wargakerja BDSP bertungkus-lumus membuat persiapan yang terbaik. Pekerja OKU turut menyumbang tenaga dan mendapat peluang beramah mesra dengan kedua-dua tetamu khas ini.
 
Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan semasa lawatan ini dijalankan.
 






 
 
 






























Tuesday, February 19, 2013

Kilang Air Minuman Bertapis

Seramai 6  orang wargakerja Bengkel Daya telah membuat lawatan singkat ke Perlis pada 18 Februari yang lalu. Lawatan ini telah dikendalikan oleh Encik Azrul Azwar Ismail. Tujuan utama lawatan ialah menambahkan pengetahuan tentang air minuman bertapis di mana ini adalah salah satu daripada cadangan projek yang bakal di jalankan di Bengkel Daya. Lawatan ini merupakan saranan oleh Pengarah JKMN Kedah sendiri iaitu Y.Bhg. Tuan Haji Zulkiply Ramli.
 
Lawatan pertama ialah ke kilang milik Syarikat Asas Hayat Sdn. Bhd. Kilang ini telah beroperasi sejak 11 tahun yang lalu dan memiliki 6 orang pekerja.
 
 
 
Bersama staf syarikat
 
Cenderahati penghargaan
 
Lawatan kedua ialah ke Syarikat Noor Sdn. Bhd. milik Tuan Haji Noordin. Beliau mula mengusahakan perniagaan ini sejak tahun 1996 selepas bersara dari tentera.
 
Mendengar penerangan daripada Hj. Noordin

 
 

 
 
Kesemua peserta lawatan kini jelas dengan proses dan prosedur berkaitan dengan air minuman bertapis ini. Namun tidak bererti ini adalah lawatan terakhir. Kedua-dua pengusaha telah sudi mempelawa peserta untuk datang kembali dan bersedia berkongsi maklumat mengenai projek ini.
 
Untuk itu Bengkel Daya berasa sangat gembira dan berterima kasih di atas ilmu dan usaha yang telah diberikan oleh Syarikat Asas Hayat dan Syarikat Noor menjayakan lawatan ini. Semoga perkenalan yang terjalin akan kekal mesra di masa-masa akan datang.
 
Terima kasih semua!
 

Friday, November 2, 2012

Cameron Highlands

Pada hari ini, pekerja OKU dan staf BDSP telah mengadakan lawatan sambil belajar ke PDK Sinar Pelangi dan Taman Agrotek MARDI, Cameron Highlands. Program ini dikendalikan oleh Puan Nurul Jannah Abdul Razak. Tujuan mengeratkan hubungan silaturrahim diantara pekerja OKU dengan masyarakat luar. Mereka juga dapat merasai pengalaman baru dengan aktiviti yang dijalankan di PDK disamping mendapat pendedahan sebenar mengenai kaedah teknologi tanaman. Tambahan pula ini adalah julung kalinya pekerja OKU pergi ke Cameron Highlands.
Perjalan ke Cameron Highlands bermula seawal jam 7 pagi dengan melibatkan 2 buah bas. Kami tiba di PDK Sinar Pelangi pada jam 1 tengahari. Kehadiran kami disambut mesra dengan guru-guru PDK yang bermurah hati menyediakan hidangan ringan dan makan tengahari untuk kami. Aktiviti yang dilakukan di sini ialah menanam pohon kenangan dan cop tangan.


















Seterusnya kami bertolak ke Taman Agrotek MARDI yang terletak di Tanah Rata. Rombongan kami telah mendapat penerangan mengenai taman ini daripada wakil MARDI iaitu Encik Syahrel. Pekerja OKU tidak melepas peluang untuk bergambar dan mencuba strawberi coklat yang dijual di sini.







Selepas berhenti rehat dan solat di Masjid Abu Bakar, kami singgah di pasar malam Brinchang untuk membeli oleh-oleh untuk dibawa pulang. Di sini terdapat pelbagai cenderahati untuk dijadikan kenangan. Suasana pasar yang padat dengan pengunjung langsung tidak meruntun semangat untuk membeli-belah.
Hari semakin lewat dan cuaca kian mendung menyebabkan rombongan ini berangkat pulang pada jam 7 malam. Walaupun penat dan masa yang singkat, namun semua yang mengikutinya berasa gembira dan berharap dapat datang lagi ke sini pada masa akan datang.