Seramai 6 orang wargakerja Bengkel Daya telah membuat lawatan singkat ke Perlis pada 18 Februari yang lalu. Lawatan ini telah dikendalikan oleh Encik Azrul Azwar Ismail. Tujuan utama lawatan ialah menambahkan pengetahuan tentang air minuman bertapis di mana ini adalah salah satu daripada cadangan projek yang bakal di jalankan di Bengkel Daya. Lawatan ini merupakan saranan oleh Pengarah JKMN Kedah sendiri iaitu Y.Bhg. Tuan Haji Zulkiply Ramli.
Lawatan pertama ialah ke kilang milik Syarikat Asas Hayat Sdn. Bhd. Kilang ini telah beroperasi sejak 11 tahun yang lalu dan memiliki 6 orang pekerja.
Bersama staf syarikat |
Cenderahati penghargaan |
Lawatan kedua ialah ke Syarikat Noor Sdn. Bhd. milik Tuan Haji Noordin. Beliau mula mengusahakan perniagaan ini sejak tahun 1996 selepas bersara dari tentera.
Mendengar penerangan daripada Hj. Noordin |
Kesemua peserta lawatan kini jelas dengan proses dan prosedur berkaitan dengan air minuman bertapis ini. Namun tidak bererti ini adalah lawatan terakhir. Kedua-dua pengusaha telah sudi mempelawa peserta untuk datang kembali dan bersedia berkongsi maklumat mengenai projek ini.
Untuk itu Bengkel Daya berasa sangat gembira dan berterima kasih di atas ilmu dan usaha yang telah diberikan oleh Syarikat Asas Hayat dan Syarikat Noor menjayakan lawatan ini. Semoga perkenalan yang terjalin akan kekal mesra di masa-masa akan datang.
Terima kasih semua!
No comments:
Post a Comment