Semangat cekal walaupun cacat
2010/11/09 - 06:31:43 BH Online
ZAMRI dan Asmah selepas majlis penyampaian anugerah
sempena Sambutan Hari OKU Peringkat NegerI Kedah 2010 di Ruang Legar Kulim
Landmark Central, semalam.
Zamri, Asmah diiktiraf sebagai Usahawan OKU
Cemerlang Kedah
KULIM: Atas inisiatifnya sendiri, dia berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang undang-undang. Bagaimanapun, setakat setahun, dia menangguhkan pengajiannya atas faktor peribadi.
KULIM: Atas inisiatifnya sendiri, dia berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang undang-undang. Bagaimanapun, setakat setahun, dia menangguhkan pengajiannya atas faktor peribadi.
Sebelum ke UiTM, dia belajar di Kolej Sultan Abdul Hamid di Alor Setar, tetapi kemalangan jalan raya pada 1988 membantut persekolahannya di Tingkatan Empat apabila dia lumpuh daripada aras pinggang hingga ke bahagian bawah anggotanya.
Namun dia tetap menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2000 sebagai calon persendirian sehingga berjaya menjejak kaki ke UiTM.
Selepas menghentikan pengajiannya di UiTM, orang kurang upaya (OKU) ini, Zamri Mansor, pulang ke kampungnya di Kampung Pantai Halban, Jitra dan menjadi peraih udang di Pasar Cina, Jitra bermodalkan RM50.
Selama dua tahun dia berniaga udang segar yang dibelinya terus daripada nelayan di Kuala Sanglang dan Kuala Kedah dengan berulang-alik setiap hari menunggang motosikal diubah suai.
Dia mampu menghabiskan jualan antara 50 hingga 60 kilogram udang sehari.
“Tapi, usaha ini amat meletihkan kerana saya tiada pembantu. Lagipun saya terpaksa memikul sendiri tong berisi udang 30 hingga 50 kilogram setiap hari.
“Kecederaan di pinggang yang saya alami selama ini menyebabkan saya mengambil keputusan mengundurkan diri,” katanya yang kini berusia 38 tahun.
Namun, sifat tidak mudah menyerah kalah yang sentiasa ada pada dirinya, menjadikan anak keempat daripada tujuh adik beradik ini menceburi pula bidang kontraktor dengan menjalankan kerja senggaraan, termasuk laluan pejalan kaki untuk OKU di pejabat kerajaan di sekitar Kubang Pasu mulai 2004 hingga 2007.
Berbekalkan pengalaman tiga tahun yang ditimba daripada menjalankan kerja subkontraktor itu, Zamri kemudian memberanikan diri mendaftar sebagai kontraktor Kelas F di bawah nama Syarikat Hangaku Selenggara Enterprise pada 2008.
Pengalaman perit sebelum berjaya seperti orang lain turut dialami Asmah Bakar, 46, dari Taman Rasa Sayang, Bedong, yang sebelah kakinya cacat akibat polio.
Dia yang berkerusi roda tidak pernah menjejakkan kaki ke bangku sekolah.
Namun, dia kini yang lebih 15 tahun berpengalaman menjahit pakaian wanita serta baju Melayu lelaki, memiliki pelbagai mesin jahit bernilai lebih RM100,000 di kedai jahitnya di Bangunan Mara di Pekan Bedong.
Kejayaan kedua-dua OKU ini tidak terlepas pandang oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) Malaysia yang mengiktiraf mereka sebagai Usahawan OKU Cemerlang 2010 Kedah pada satu majlis di sini, semalam. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment