Sunday, March 4, 2012

Lawatan Sambil Belajar Dari S.M.K Hutan Kampung,Kedah

Pada 29 Februari 2012, Kami telah menerima kunjungan dari S.M.K Hutan Kampung. Pelajar-pelajar telah diberikan Taklimat terlebih dahulu sebelum mereka dibawa melawat ke Bengkel bekerja.
Taklimat Ringkas BDSP @ Bilik Mesyuarat

Pelajar-pelajar dibawa melawat ke Bengkel Jahitan

Lawatan di bengkel Kicap

Produk-Produk Bengkel Kicap
Lawatan @ Bengkel Dobi

Lawatan di Tapak Semaian

Lawatan di Kolam Ikan
Lawatan di Bengkel Coklat


Guru Pembimbing dan pelajar sedang membeli Coklat untuk dijadikan Ole-ole.
Pelajar-pelajar berehat seketika menghilangkan penat.

Tuesday, February 28, 2012

Sambutan Maulidur Rasul 2012

Assalamualaikum...
Salam kebajikan dari warga Bengkel Daya Sungai Petani.
Pada 16 Februari 2012, Satu Majlis Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan di Surau Bengkel Daya Sungai Petani. Majlis dipengerusikan oleh En. Azrul Azwar B. Ismail. Pada awal pagi Majlis Bacaan Yassin diadakan terlebih dahulu sebelum memulakan Majlis Maulidur Rasul. Majlis Sambutan ini dimulakan dengan Nyanyian nasyid dari warga penghuni BDSP, diikuti  Ceramah dari Adik Muhammad Amirul Munir b. Azlin( Juara Adik-Adikku musim kedua) yang begitu meruntun hati dan perasaan. Majlis ini diakhiri dengan Slot Ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Hasbollah B. Hj. Wahab.

 

Penghuni OKU
Salah Seorang Kakitangan sedang " setting" PA System
Para Tetamu yang hadir pada hari tersebut
Sarapan Pagi
Nyanyian Nasyid oleh Penghuni OKU
Pengerusi Majlis Maulidur Rasul 2012
Adik Muhammad Amirul Munir b. Azlin( Juara Adik-Adikku)

Para Penghuni sedang kusyuk mendengar Ceramah
Ceramah dari Ustaz Hasbollah Bin Hj. Wahab


En.Mohd Nurul Hasri b. Abdullah Hashim , Penolong Pengarah(wakil Pengarah JKMN Kedah)
 menyampaikan cenderahati kepada wakil kumpulan Nasyid
En.Mohd Nurul Hasri b. Abdullah Hashim , Penolong Pengarah(wakil Pengarah JKMN Kedah)
 menyampaikan cenderahati kepada Adik Muhammad Amirul Munir b. Azlin

En.Mohd Nurul Hasri b. Abdullah Hashim , Penolong Pengarah(wakil Pengarah JKMN Kedah)
 menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Hasbollah b.Hj.Wahab
Pengurus Bengkel Daya, En. Majid B. Derashid  menyampaikan cenderahati kepada En. Mohd Nurul Hasri B. Abdullah Hashim

Jamuan Makan

Wednesday, December 14, 2011

Kejohanan Bowling Bengkel Daya Sungai Petani 2011

Pada 10 Disember 2011 bertempat di  Ampang Superbowl Sungai Petani, Pihak pengurusan Bengkel Daya Sungai Petani telah mengadakan satu kejohanan bowling antara kakitangan serta penghuni OKU.  Setiap kumpulan diketuai oleh kakitangan BDSP dan 2 atau 3 orang penghuni OKU. Alhamdulillah kejohanan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Terima kasih diucapkan kepada semua kakitangan di atas kerjasama dalam melaksanakan kejohanan ini dalam usaha untuk mengembirakan hati penghuni-penghuni OKU di BDSP. Kejohanan ini bermula pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang. 










Majlis penyampaian hadiah bagi para penghuni dijalankan di Pejabat pentadbiran Bengkel Daya Sungai Petani

Juara Kumpulan
Juara Individu Kategori Kakitangan