Sunday, November 13, 2011

Hari Kanak-Kanak Peringkat Negeri Kedah 2011

Bengkel Daya Sungai Petani telah menerima jemputan ke Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat peringkat Negeri Kedah.  Pelbagai acara dijalankan  sepanjang Majlis berlansung. Majlis diadakan pada 25 Oktober 2011 , bertempat di Dewan Serbaguna Guar Chempedak, Gurun Kedah. Pihak Bengkel Daya Sungai Petani, telah membuka gerai Jualan sepanjang majlis berlansung.

Gerai Kami

Thursday, November 10, 2011

Lawatan Sambil Belajar Dari SMK Tanjong Puteri, Kuala Ketil

Pada 2 November 2011, Bengkel Daya Sungai Petani, telah menerima lawatan sambil belajar dari SMK Tanjong Puteri, Kuala Ketil. Ketibaan warga SMK Tanjong Puteri telah disambut oleh Pengurus serta kakitangan. Mereka diberi taklimat mengenai Bengkel Daya terlebih dahulu , sebelum dibawa melawat ke Bengkel-bengkel.
Warga SMK Tanjung Puteri dan Tuan Pengurus BDSP

Sesi Taklimat

Tuan Pengurus menyampaikan cenderahati kepada guru pengiring smk Tanjung Puteri
Lawatan ke Bengkel Jahitan


Di beri taklimat di Bengkel Coklat

Para pelajar smk Tanjong Puteri melawat Bengkel Dobi

melawat Kolam Ikan Keli
Nurseri BDSP