Tuesday, April 15, 2014

PROGRAM KEMBARA KEBAJIKAN 1 MALAYSIA FAMILY CARE PERINGKAT NEGERI KEDAH

Bengkel Daya Sungai Petani Kedah telah menerima jemputan ke Program Kembara Kebajikan 1 Malaysia Family Care Peringkat Negeri Kedah yang diadakan pada 10hb April 2014 yang bertempat di Padang Awam Desa KEDA Asam Jawa, Pendang Kedah. Program tersebut telah di rasmikan oleh Exco Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato' Suraya Yaacob, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian danAsas Tani, Pembangunan Usahawan. Program ini bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 4.00 petang. Antara aktiviti yang di jalankan adalah seperti aktiviti mewarna untuk kanak-kanak dan juga pameran dan jualan. Bengkel Daya Sungai Petani telah menjual produk jualan seperti ice blended, cadar, kicap dan produk kraf. Gerai Bengkel Daya Sungai Petani telah dikunjungi oleh YB Dato' Suraya Yaacob dan diiringi oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Tuan Haji Zulkiply Bin Ramli.
 
 

YB  Dato' Suraya Yaacob Exco Kerajaan Negeri Kedah diiringi oleh
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JKMM Tn Haji Zulkifly Bin Ramli melawat ke gerai
 Bengkel Daya Sungai Petani




                                              

No comments:

Post a Comment