Atas dasar keprihatinan terhadap alam sekitar serta cinta kepada kebersihan, pekerja OKU telah mengambil inisiatif membersih kawasan di sekitar BDSP pada 14 dan 16 September 2013. Walaupun hari tersebut merupakan hari cuti bekerja, namun itu bukanlah alasan untuk mereka mengabaikan kebersihan. Malah mereka berganding bahu sama-sama berkongsi tanggungjawab merealisasi "Institusiku, syurgaku". Syabas diucapkan kepada En. Azrul Azwar dan semua pekerja OKU yang terlibat.
Sunday, September 22, 2013
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Monday, April 29, 2013
Sambutan kehadiran KSU & KP
Pada 24 April 2013, wargakerja BDSP berasa sangat teruja dan berbangga menerima kehadiran Y.Bhg. Dato' Sri Dr. Noorul Ainur Mohd Nor, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga & Masyarakat bersama-sama Dato' Norani Hj. Mohd Hashim iaitu Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kehadiran mereka adalah sempena Program Gempur KARISMA Parlimen Merbok yang diadakan di Dewan Masyarakat Penyayang, PKMD Kuala Muda.
Memandangkan ini merupakan lawatan pertama, semua wargakerja BDSP bertungkus-lumus membuat persiapan yang terbaik. Pekerja OKU turut menyumbang tenaga dan mendapat peluang beramah mesra dengan kedua-dua tetamu khas ini.
Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan semasa lawatan ini dijalankan.
Tuesday, February 19, 2013
Kilang Air Minuman Bertapis
Seramai 6 orang wargakerja Bengkel Daya telah membuat lawatan singkat ke Perlis pada 18 Februari yang lalu. Lawatan ini telah dikendalikan oleh Encik Azrul Azwar Ismail. Tujuan utama lawatan ialah menambahkan pengetahuan tentang air minuman bertapis di mana ini adalah salah satu daripada cadangan projek yang bakal di jalankan di Bengkel Daya. Lawatan ini merupakan saranan oleh Pengarah JKMN Kedah sendiri iaitu Y.Bhg. Tuan Haji Zulkiply Ramli.
Lawatan pertama ialah ke kilang milik Syarikat Asas Hayat Sdn. Bhd. Kilang ini telah beroperasi sejak 11 tahun yang lalu dan memiliki 6 orang pekerja.
Bersama staf syarikat |
Cenderahati penghargaan |
Lawatan kedua ialah ke Syarikat Noor Sdn. Bhd. milik Tuan Haji Noordin. Beliau mula mengusahakan perniagaan ini sejak tahun 1996 selepas bersara dari tentera.
Mendengar penerangan daripada Hj. Noordin |
Kesemua peserta lawatan kini jelas dengan proses dan prosedur berkaitan dengan air minuman bertapis ini. Namun tidak bererti ini adalah lawatan terakhir. Kedua-dua pengusaha telah sudi mempelawa peserta untuk datang kembali dan bersedia berkongsi maklumat mengenai projek ini.
Untuk itu Bengkel Daya berasa sangat gembira dan berterima kasih di atas ilmu dan usaha yang telah diberikan oleh Syarikat Asas Hayat dan Syarikat Noor menjayakan lawatan ini. Semoga perkenalan yang terjalin akan kekal mesra di masa-masa akan datang.
Terima kasih semua!
Monday, January 28, 2013
Sambutan Maulidurrasul 1434H
Bertempat di perkarangan BDSP pada 23 Januari (Rabu) yang lalu, satu majlis telah diadakan sempena Sambutan Maulidurrasul 1434H. Majlis ini adalah anjuran Lembaga Pelawat BDSP dan dibantu oleh wargakerja BDSP. Tema sambutan majlis ini ialah "Sahsiah Membentuk Jati Diri Murni".
Program dimulakan dengan solat maghrib berjemaah dan diimamkan oleh Ustaz Abdullah iaitu tenaga pengajar sambilan di sini. Selepas solat, majlis tahlil dan bacaan yassin diadakan sementara menunggu waktu solat isya'.
Acara majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh pekerja OKU, Mohd Nizam. Kemudian, buat julung kalinya pekerja OKU membuat persembahan intro kompang. Kumpulan yang terdiri seramai 10 orang ini telah mendapat bimbingan daripada En. Nazli dari Institut Perguruan Sultan Abdul Halim.
Kumpulan kompang berbaju batik biru |
Acara seterusnya ialah persembahan daripada Kumpulan Nasyid Firdaus.
Segak berbaju coklat |
Kemuncak majlis ialah ceramah yang disampaikan oleh Yg. Bhg. Ust. Haji Khairul Azhar b. Ghazali iaitu Imam Muda Musim Pertama.
En. Rosmidi, Ustaz Haji Azhar, En. Azrul & Ustaz Abdullah |
Tetamu bersama wargakerja BDSP |
Penyampaian cenderahati oleh Tn. Haji Abu Seman, Pengerusi Lembaga Pelawat BDSP |
Bergambar bersama Pekerja OKU |
Wednesday, January 23, 2013
Gotong-royong "Institusiku, Syurgaku"
Salam Tahun Baru...
Tahun 2013 baru sahaja bermula. Namun kehidupan di institusi ini masih berterusan seperti kebiasaan. Sebagai pembuka tirai tahun baru, aktiviti BDSP bermula dengan program yang fokus kepada nilai-nilai murni iaitu kerjasama dan kesepakatan.
Bertemakan "Institusiku, Syurgaku", program ini dijalankan secara dua fasa. Fasa pertama ialah pada 11 Januari melibatkan kawasan asrama perempuan. Fasa kedua ialah pada 16 Januari melibatkan kuarters kakitangan dan persekitaran. Semua wargakerja dan pekerja OKU telah turun padang menjayakannya. Termasuk juga pekerja dari Bengkel Penyediaan Makanan yang ringan tulang menyediakan makan minum untuk semua.
Berikut adalah sorotan gambar semasa program ini dijalankan.
Tahun 2013 baru sahaja bermula. Namun kehidupan di institusi ini masih berterusan seperti kebiasaan. Sebagai pembuka tirai tahun baru, aktiviti BDSP bermula dengan program yang fokus kepada nilai-nilai murni iaitu kerjasama dan kesepakatan.
Bertemakan "Institusiku, Syurgaku", program ini dijalankan secara dua fasa. Fasa pertama ialah pada 11 Januari melibatkan kawasan asrama perempuan. Fasa kedua ialah pada 16 Januari melibatkan kuarters kakitangan dan persekitaran. Semua wargakerja dan pekerja OKU telah turun padang menjayakannya. Termasuk juga pekerja dari Bengkel Penyediaan Makanan yang ringan tulang menyediakan makan minum untuk semua.
Berikut adalah sorotan gambar semasa program ini dijalankan.
Membersih laluan refleksiologi di asrama |
Menyedia tempat tanaman |
Membersih persekitaran |
En. Samsudin (PK) turut membantu |
Mengecat laluan |
En. Rosmidi dan Tinesviran membersih kipas |
Pn. Rosita & Pn. Sh. Azimah membersih lantai rumah tamu |
Gembira nampaknya Pn. Ros... :) |
CC Aishah leka mencuci kipas |
En. Azrul dan Akram mengecat jeriji |
En. Sarnizam dengan gaya seorang profesional..hehe |
Masih ada lagi beberapa orang kakitangan lain seperti Pn. Nor Faida, En. Zamrei, Cik Zuraihan, En. Yasir, Pn. Salmah dan Pn. Nurul Jannah yang turut berganding bahu menjayakan program ini. Secara keseluruhannya objektif program tercapai kerana kakitangan dan pekerja OKU dapat bekerjasama demi mengembalikan keceriaan tempat ini. Semoga kerjasama ini berkekalan di masa-masa akan datang dan mengeratkan kemesraan semua wargakerja BDSP.
Subscribe to:
Posts (Atom)