Alhamdulillah, apa yang dirancang akhirnya berjalan dengan sempurna. Terima Kasih, tidak terhingga kepada kakitangan Bengkel Daya yang telah bekerjasama memastikan Majlis Sambutan ini berjalan dengan jayanya. Majlis Sambutan Hari Lahir ini telah diadakan pada 14 Jun 2011 pada pukul 12.00 tengahhari , bertempat di Dewan Selera Bengkel Daya Sungai Petani. Majlis ini diadakan adalah untuk meraikan Kakitangan dan Penghuni OKU yang hari lahirnya jatuh pada bulan Januari hingga bulan Jun.
Monday, June 20, 2011
Sambutan Hari Lahir Kakitangan dan Penghuni BDSP
Tuesday, March 8, 2011
~Bengkel Daya Sungai Petani~: SAMBUTAN HARI MAULIDUR RASUL
~Bengkel Daya Sungai Petani~: SAMBUTAN HARI MAULIDUR RASUL: "Tarikh: 24 Februari 2011 Tempat : Surau Bengkel Daya Sungai Petani. Jemputan: Kakitangan Bengkel Daya Sungai Petani, Penghuni OKU, Kakitanga..."
SAMBUTAN HARI MAULIDUR RASUL
Tarikh: 24 Februari 2011
Tempat : Surau Bengkel Daya Sungai Petani.
Jemputan: Kakitangan Bengkel Daya Sungai Petani, Penghuni OKU, Kakitangan PKMD Kuala Muda.
Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin yang dipimpin oleh Ustaz Kamaruddin Bin Kassim dari NGO Unggas. Setelah Majlis Bacaan Yassin selesai diikuti dengan ceramah Maulidur Rasul. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar, tanpa sebarang masalah.
Tempat : Surau Bengkel Daya Sungai Petani.
Jemputan: Kakitangan Bengkel Daya Sungai Petani, Penghuni OKU, Kakitangan PKMD Kuala Muda.
Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin yang dipimpin oleh Ustaz Kamaruddin Bin Kassim dari NGO Unggas. Setelah Majlis Bacaan Yassin selesai diikuti dengan ceramah Maulidur Rasul. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar, tanpa sebarang masalah.
Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin yang dipimpin oleh Ustaz Kamaruddin Bin Kassim
Bermulanya Ceramah Maulidur Rasul
Para Tetamu memberi sepenuh perhatian semasa Majlis Ilmu ini berlangsung
Para Penghuni OKu serta Pengusaha Bengkel
Ustaz Muhammad Bin Abdullah menyampaikan cenderahati Bengkel kepada
Ustaz Kamaruddin Bin. Kassim
Setelah majlis selesai, tetamu dijemput untuk makan tengahhari.
Hidangan pada Majlis tersebut
Para Penghuni sedang menikmati juadah tengahhari
Monday, February 14, 2011
Kemudahan Asas Bengkel Daya Sungai Petani
Bengkel Daya Sungai Petani, Kedah
Pejabat Pentadbiran dan Pengurusan Bengkel Daya Sungai Petani
Kaunter Pertanyaan
Tempat Letak Kenderaan
Pemandangan Menarik Di Bengkel Daya
Lanskap yang menarik
Bengkel Pekerja OKU bekerja
Pemandangan dari luar Dewan Makan Selera BDSP
Dewan Makan Selera
Asrama Pekerja OKU Bengkel Daya Sungai Petani
Wakaf Puteri
Laluan Pejalan kaki-Refleksiologi
Surau Kami
Kuarters Kakitangan
Thursday, February 3, 2011
PROSES KEMASUKAN KE BENGKEL DAYA SUNGAI PETANI
PROSES KEMASUKAN
1.Pemohon dikehendaki membuat permohonan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah masing-masing.
2.Borang permohonan tersebut akan dipanjangkan kepada Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri dan akan terus dihantar ke Bengkel Daya Sungai Petani (BDSP) untuk di proses.
3.Pihak Pengurusan Bengkel Daya akan membuat surat panggilan temuduga.
4.Panel temuduga terdiri dari Pengarah Jabatan Pembangunan OKU(JPOKU), Bahagian Fisioterapi Hospital Sultan Abdul Halim Sg.Petani dan Pengurus Bengkel Daya Sg.Petani.Setelah temuduga berjaya, surat panggilan untuk mendaftarkan diri ke BDSP akan dihantar oleh pihak pengurusan BDSP kepada pemohon.
5.Tempoh percubaan adalah selama 3 bulan atau sebelum daripadanya.
6.Budi bicara diberikan kepada Pengurus untuk menentukan pekerja–pekerja sama ada terus diambil bekerja ataupun dikeluarkan atas sebab–sebab kurang sesuai, ingkar atau
melanggar peraturan yang sedia ada di Bengkel Daya.
Syarat-syarat Kemasukan
-Warganegara
-berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
- Sihat tubuh badan, tiada Penyakit berjangkit.
-berumur 18 hingga 45 thun (tidak cacat penglihatan)
-boleh berdikari atau mengurus diri sendiri tanpa bantuan orang kedua
Kemudahan prasarana
- tempat tinggal
- dewan makan yang lengkap
- kantin disediakan
- kemudahan tandas mesra OKU
- dikecualikan dari bayaran kemudahan utility
- surau dan tempat beribadat
Faedah-faedah dan Inisiatif
- Elaun pekerja cacat (EPC) RM300.00.
- Elaun Wang Saku RM 75.00
- Pendapatan Bulanan
- Program riadah, berkelah dan rekreasi dalam Negara
Waktu bekerja
Hari bekerja, waktu dan cuti umum mengikut ketetapan sebagaimana penjawat awam.Termasuk perubahan-perubahan yang diumumkan oleh pihak kerajaan dari masa ke semasa.
Monday, December 13, 2010
Latar Belakang BDSP
Bengkel Daya Sungai Petani Kedah telah beroperasi pada 2 Januari 2003, ketika itu dikenali sebagai Bengkel Terlindung Sungai Petani.Dibina di kawasan seluas 3.5hektar di Jalan Pahlawan Sungai Petani di dalam Kompleks Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Muda. Di Kompleks ini turut menempatkan Pejabat Kebajikan Daerah Kuala Muda.Lokasi Bengkel ini terletak lebih kurang 1.5kilometer dari Bandar Sg.Petani. Kos pembinaan bengkel ini adalah lebih kurang RM 5.6 juta.
Pada awal penubuhan,kemasukan kumpulan sasaran OKU adalah dari Zon utara sahaja namun begitu setelah beroperasi,kemasukan pekerja tidak berapa menggalakkan,kini bengkel ini dibuka kepada golongan OKU dari seluruh negara.
Penubuhan bengkel ini adalah berdasarkan rasional bahawa golongan Orang Kurang Upaya(OKU) juga mempunyai potensi untuk turut memberi sumbangan positif terhadap pembangunan negara. Pada peringkat awal operasi,bengkel ini hanya 12 orang pekerja OKU sahaja,kini jumlah pekerja mencapai 41 orang terdiri dari pelbagai kecacatan seperti anggota,akal,pendengaran dan penglihatan.
Kini bengkel daya Sungai Petani menyediakan peluang pekerjaan yang lebih efisyen kepada golongan Orang kurang Upaya.Terdapat beberapa buah Bengkel seperti bengkel Kicap,bengkel dobi,bengkel coklat,pertanian,ternakan ikan keli,pusat pameran dan jualan dan bengkel jahitan.
Semua kemudahan yang disediakan disini untuk memberi jaminan masa depan yang lebih baik kepada golongan OKU. Setiap pekerja OKU di bayar gaji bulanan termasuk caruman KWSP dan SOCSO selain daripada mendapatkan Elaun Pekerja Cacat (EPC).Pihak pengurusan Bengkel Daya Sg.Petani amat berharap agar matlamat untuk golongan pekerja OKU ini berjaya suatu hari nanti dapat dicapai sepenuhnya untuk meletakkan mereka setaraf dengan orang normal.
Hari OKU Antarabangsa
Tarikh: 11 Disember 2010.
Hari : Sabtu
Tempat: MITC Melaka.
Hari : Sabtu
Tempat: MITC Melaka.
En.Majid , Staff BDSP dan Pekerja OKU bertungkus lumus menyiapkan tempat pameran untuk Hari OKU.
Pekerja OKU sedang memasang Banner Bengkel Daya
Bermulanya Hari OKU Antarabangsa, pelbagai gerai pameran dari seluruh malaysia turut serta pada hari tersebut.
Gerai Kami
En.Majid bersama Staf Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi.
Pengurus BDSP sedang diberikan penerangan mengenai kerusi roda elektrik
Subscribe to:
Posts (Atom)































