Monday, September 14, 2015

LAWATAN DARIPADA SEKOLAH MENENGAH SAINS SULTAN MOHD JIWA SUNGAI PETANI

Program Jalinan Amal Kebajikan dari Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa Sungai Petani Kedah ke Bengkel Daya Sungai Petani Kedah bersama pekerja OKU mengadakan aktiviti gotong royong di sekitar kawasan Bengkel Daya Sungai Petani.



































Wednesday, May 13, 2015

Asia Pacific Supported Employment & Job Coach Seminar

Bertempat di Hotel The Royale Chulan Kuala Lumpur, Seminar Asia Pacific Supported Employment & Job Coach telah diadakan di bawah anjuran JKMM. Seminar ini berlangsung pada 5-6 Mei 2015 dan mendapat penyertaan dari lebih 10 buah negara Asia Pasifik. Penyertaan BDSP diwakili oleh Pn. Nor Faida dan Pn. Nurul Jannah.

Objektif  seminar ini diadakan ialah untuk mempromosi sokongan bekerja agar berterusan kepada OKU. Selain itu, seminar ini memberi pendedahan tentang peranan job coach dalam pelaksanaan sokongan bekerja. Ia berperanan sebagai medium perkongsian pengalaman dan pengetahuan diantara peserta dari negara-negara yang terlibat. Seterusnya, seminar ini diharapkan dapat mengukuhkan potensi hubungan antarabangsa diantara rangkaian job coach.

Antara pengisian seminar ialah Taklimat Job Coach oleh Pro. Hiroshi Ogawa, Pengarah Rangkaian Job Coach Jepun dari Otsuma Women University. Empat negara diberi peluang berkongsi pengalaman tentang pelaksaaan job coach di negara masing-masing iaitu Jepun, China, Filipina dan Singapura. Disamping itu, Malaysia turut berkongsi pengalaman melalui taklimat yang disampaikan oleh Tuan Nik Omar, Pengarah Jabatan Pembangunan OKU, JKMM.

Seminar ini dirasmikan oleh Menteri KPWKM iaitu YB. Dato' Sri Rohani Abdul Karim.

Antara perkara yang menarik sewaktu seminar ini ialah perkongsian pengalaman kerja oleh Cik Yurie Shibuya, seorang OKU Maslaah Pembelajaran yang berkerja di kilang kosmetik terkemuka, Shiseido Co. Ltd di Osaka. Beliau mempunyai diari peribadi yang dicatat apa yang dilakukannya setiap hari di tempat kerja. Falsafah yang dipegang oleh beliau "I Work, I can Work dan I'll keep on Working".




LAWATAN KAKITANGAN DAN OKU BENGKEL DAYA KLANG

Pada tarikh 28hb April 2015 Bengkel Daya Sungai Petani telah menerima lawatan daripada Bengkel Daya Klang seramai 90 orang peserta terdiri dari kalangan OKU dan juga kakitangan. Semua peserta lawatan telah di berikan taklimat oleh Pengurus Pn. Nor Faida Bt Razalli dan seterusnya membuat lawatan ke bengkel-bengkel.















Monday, April 6, 2015

GOTONG ROYONG DI REKREASI TUPAH, MERBOK KEDAH


Pada 06/04/2015 pekerja OKU dan kakitangan Bengkel Daya Sungai Petani Kedah, telah mengadakan aktiviti gotong royang yang telah di adakan peranginan rekreasi Tupah Merbok. Aktiviti tersebut melibatkan pekerja OKU dan juga kakitangan Bengkel Daya Sungai Petani Kedah. Selepas aktiviti tersebut semua pekerja OKU berkelah dan mengadakan majlis sambutan hari jadi kepada pekerja OKU yang menyambut hari lahir pada bulan Mac. Ternyata aktiviti seperti ini dapat mengembirakan setiap pekerja OKU yang datang ke sini, namun tidak dapat mandi air terjun kerana bimbang dengan virus kencing tikus @ Leptospirosis.








LAWATAN TIMBALAN MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT.


Pada 02/03/2015 lawatan dari Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Senator Datin Paduka Chew Mei Fun ke Bengkel Daya Sungai Petani Kedah. Beliau telah meluangkan masa selama satu jam untuk beramah mesra dengan pekerja OKU dan kakitangan Bengkel Daya Sungai Petani. Turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah Md Noor Bin Chik, semua PKMD dan ketua institusi.





















Thursday, July 3, 2014

Latihan Kecemasan

Kemalangan berlaku tanpa diduga, boleh berlaku di mana-mana. Justeru, wajar kita sentiasa bersedia untuk sebarang tindakan keselamatan bila berlaku kecemasan. Berdasarkan objektif ini, BDSP telah mengadakan latihan kecemasan dalaman yang melibatkan kakitangan dan pekerja OKU pada 17 Jun 2014. Latihan diselia oleh pegawai bertugas iaitu En. Yasir Mansor dan Pn. Nurul Jannah. Tempoh yang diambil oleh semua yang terlibat untuk berkumpul di tempat perhimpunan ialah 5.21. Syabas semua!!
 
 
 
 




 



 

Tuesday, June 17, 2014

Pertandingan Nasyid JKM Kategori Institusi Peringkat Negeri kedah Tahun 2014

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada rakan-rakan kita yang menyertai pertandingan nasyid tersebut pada 16 Jun 2014. Pertandingan ini diadakan di Dewan Harapan, Taman Sinar Harapan Jitra, Kedah. BDSP telah diwakili oleh Kumpulan Jannatul Firdaus yang dianggotai seramai 13 orang di bawah pimpinan En. Azrul Azwar Ismail dan Ustaz Abdullah Salleh. Lagu nasyid yang bertajuk "Wassatiyah" berjaya membawa Jannatul Firdaus menjadi Naib Johan. Syabas tuan-tuan!!! Semoga bertambah usaha tahun depan dan beroleh kejayaan yang lebih baik.