Tuesday, December 11, 2012

Sukaneka Pekerja OKU 2012

Hari ini bertempat di perkarangan Pejabat Pentadbiran BDSP, satu program riadah diadakan iaitu Sukaneka Pekerja OKU 2012. Program ini melibatkan semua pekerja OKU dan wargakerja BDSP. Penyelaras program ialah Encik Azharun Che Rus dan dibantu oleh staf lain sebagai jawatankuasa. Ia merupakan program tahunan dimana objektif utama program ialah mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan  dalam kalangan kakitangan dan pekerja OKU sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja.
Program bermula sejak pagi dengan pelbagai acara sukan seperti musical chair, gula-gula dalam tepung, pingpong sudu, makan epal, bowling kelapa dan mumia. Selain itu, acara diserikan lagi dengan cabutan nombor bertuah dimana hadiah yang diterima adalah berbentuk hamper makanan.
Berikut adalah gambaran suasana semasa program ini dijalankan.

























Urusetia Sukaneka Bengkel Daya Sungai Petani

Friday, November 2, 2012

Cameron Highlands

Pada hari ini, pekerja OKU dan staf BDSP telah mengadakan lawatan sambil belajar ke PDK Sinar Pelangi dan Taman Agrotek MARDI, Cameron Highlands. Program ini dikendalikan oleh Puan Nurul Jannah Abdul Razak. Tujuan mengeratkan hubungan silaturrahim diantara pekerja OKU dengan masyarakat luar. Mereka juga dapat merasai pengalaman baru dengan aktiviti yang dijalankan di PDK disamping mendapat pendedahan sebenar mengenai kaedah teknologi tanaman. Tambahan pula ini adalah julung kalinya pekerja OKU pergi ke Cameron Highlands.
Perjalan ke Cameron Highlands bermula seawal jam 7 pagi dengan melibatkan 2 buah bas. Kami tiba di PDK Sinar Pelangi pada jam 1 tengahari. Kehadiran kami disambut mesra dengan guru-guru PDK yang bermurah hati menyediakan hidangan ringan dan makan tengahari untuk kami. Aktiviti yang dilakukan di sini ialah menanam pohon kenangan dan cop tangan.


















Seterusnya kami bertolak ke Taman Agrotek MARDI yang terletak di Tanah Rata. Rombongan kami telah mendapat penerangan mengenai taman ini daripada wakil MARDI iaitu Encik Syahrel. Pekerja OKU tidak melepas peluang untuk bergambar dan mencuba strawberi coklat yang dijual di sini.







Selepas berhenti rehat dan solat di Masjid Abu Bakar, kami singgah di pasar malam Brinchang untuk membeli oleh-oleh untuk dibawa pulang. Di sini terdapat pelbagai cenderahati untuk dijadikan kenangan. Suasana pasar yang padat dengan pengunjung langsung tidak meruntun semangat untuk membeli-belah.
Hari semakin lewat dan cuaca kian mendung menyebabkan rombongan ini berangkat pulang pada jam 7 malam. Walaupun penat dan masa yang singkat, namun semua yang mengikutinya berasa gembira dan berharap dapat datang lagi ke sini pada masa akan datang.