Sunday, September 23, 2012

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2012

Sambutan Majlis Hari Raya Aidil Fitri 2012 bagi Bengkel Daya Sungai Petani telah diadakan pada 12.09.2012 yang lalu bersamaan 25 Syawal. Sambutan majlis itu khas dibuat untuk Pekerja OKU Bengkel  Daya yang seramai 51 orang. Jemputan untuk majlis ini terdiri daripada Pengarah JKM Negeri Kedah, kakitangan Pejabat Kebajikan Masyarakat (PKMD dan Institusi), Ahli Lembaga Pelawat dan waris Pekerja OKU sendiri.

 Perbelanjaan majlis sambutan hariraya ini ditanggung sepenuhnya oleh Kelab Kakitangan BDSP. Menu yang dipilih pada hari tersebut ialah menu yang menjadi pilihan Pekerja OKU seperti Sate ayam dan daging, Nasi Beriani Ayam, Soto Ayam, Rojak Buah, Ketupat , Lemang, Rendang Ayam, Serunding Ayam serta Daging, Kuih Raya dan Tapai Pulut. Minuman pula disediakan Cendol  dan Sirap Selasih Pandan.

Majlis bermula pada pukul 11.00 pagi dan berakhir pukul 3.30 petang. 



Adik-adik Pekerja OKU turut membantu persiapan majlis
Kakitangan Bengkel Daya Sungai Petani
melekatkan tanda nama makanan
Ketibaan Timbalan Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah, Encik Ahmad bin Rashid
(Baju Putih) disambut Pengurus Bengkel Daya Sungai Petani (BDSP), Puan Nor Faida binti Razalli 
Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah, Tuan Haji Zulkiply bin Ramli (3 dari kanan)
sedang menikmati hidangan
Pengurus bersama Pengerusi Lembaga Pelawat BDSP, Tuan Haji  Abu Seman bin Abdullah

Adik-adik Pekerja OKU sedang menikmati hidangan
Tetamu dari PKMD Kuala Muda
Adik-adik Pekerja OKU riang menikmati hidangan
Tetamu dari Pejabat kerajaan berdekatan
Adik Pekerja OKU bersama ayahnya.
Kakitangan BDSP bersama waris Pekerja OKU
Kakitangan BDSP menyiapkan Bihun Soto
Gerai cendol 
Gerai kuih raya, ketupat dan rendang
Gerai Rojak Buah dan Tapai Pulut
Wakil dari Kem. Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut hadir
Wakil dari Jabatan Penilaian Sungai Petani

Bengkel Dobi BDSP





Bagi anda yang tinggal di kawasan utara khususnya yang berada di kawasan  Sungai Petani, kami memberikan  perkhidmatan dobi dan cucian kering dengan harga murah, bersih dan harum.

Sila datang ke dobi bdsp di alamat Bengkel Daya Sungai Petani, Jalan Pahlawan,08000 Sungai Petani, Kedah. Perkhidmatan "pick-up & delivery(tertakluk kepada Terma dan Syarat)" juga di sediakan. 
Sila hubungi Nurul Jannah 04-4217233 untuk keterangan lanjut. 



SENARAI HARGA DOBI BDSP     







                           

Wednesday, August 29, 2012

Doorgift: Menjual Coklat Keluaran Bumiputra


Anda mencari Doorgift untuk Majlis Perkahwinan dan Majlis Keraian?

Kami Menyediakan pelbagai pilihan doorgift yg sesuai untuk pelbagai bentuk majlis seperti majlis pertunangan & perkahwinan,hari lahir,kenduri dan lain-lain lagi..

 Kami menyediakan Coklat  dengan  pelbagai perisa (Assorted Flavour) , antaranya perisa  Durian, Pahit Badam , Nenas, Oren, Cuppacino ,  Strawberi,  Cempedak,  Mangga,  Beri Biru dan Kekacang .

Sekiranya anda berminat: 
sila hubungi : Cik Hazleen(016-4972557)

atau datang terus ke: 

Bengkel Coklat 
Bengkel Daya Sungai Petani,
Jalan Pahlawan.


SENARAI HARGA COKLAT


Sunday, August 12, 2012

Nurseri dan Ternakan Ikan Keli









Anda memerlukan pokok hiasan? 
Kami  Menyediakan Perkhidmatan sewaan dan jualan pokok hiasan di kawasan utara( Perlis, Kedah dan Pulau Pinang) untuk sebarang majlis keraian atau majlis rasmi. 



Senarai Pokok hiasan untuk dijual dan sewaan adalah seperti berikut:

1. Pokok Pinang - 197 pokok
2. Pokok Lidah Buaya  - 44 pokok
3. Pokok Ati-ati merah - 113 pokok
4. Aneka Pokok Puding  - 157 pokok
5. Pokok Puding Pandan - 13 pokok
6. Aneka Pokok Palma- 40 pokok


Pokok Ati-ati Merah

Aneka Pokok Puding




Pokok Palma


Untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut, anda boleh datang terus ke Nurseri Bengkel Daya Sungai Petani. 

Di alamat :Bengkel Daya Sungai Petani
                Kompleks Penyayang,
                Jalan Pahlawan,
                08000 Sungai Petani,Kedah.

PENTERNAKAN IKAN KELI
Kami turut membekalkan ikan keli dalam kuantiti kecil mahupun besar. 
Dijual dengan harga ,RM 6.00 untuk 1kg , siap diproses.

Sekiranya anda berminat, sila hubungi En. Yasir Mansur  04-4217233.

Monday, July 23, 2012

Lawatan 5S ke Jabatan Akauntan Negera Perlis

Pada 16 Julai 2012 seramai 10 orang pegawai/kakitangan Bengkel Daya Sungai Petani telah menyertai Lawatan Sambil Belajar Ke Jabatan Akauntan Negara Cawangan Perlis untuk mempelajari dengan lebih terperinci mengenai 5S. Kami bertolak ke Perlis pada pukul 9.00 pagi dan tiba di Jabatan  Akauntan Negara Cawangan Perlis pada pukul 11.00 pagi. Setibanya di sana kami diberi Taklimat ringkas mengenai 5S oleh Pengarah Negeri iaitu    En Ab. Ghafar bin Sulaiman dan seterusnya kami dibawa melawat setiap Zon di Jabatan tersebut.