Pada 24 April 2013, wargakerja BDSP berasa sangat teruja dan berbangga menerima kehadiran Y.Bhg. Dato' Sri Dr. Noorul Ainur Mohd Nor, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga & Masyarakat bersama-sama Dato' Norani Hj. Mohd Hashim iaitu Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kehadiran mereka adalah sempena Program Gempur KARISMA Parlimen Merbok yang diadakan di Dewan Masyarakat Penyayang, PKMD Kuala Muda.
Memandangkan ini merupakan lawatan pertama, semua wargakerja BDSP bertungkus-lumus membuat persiapan yang terbaik. Pekerja OKU turut menyumbang tenaga dan mendapat peluang beramah mesra dengan kedua-dua tetamu khas ini.
Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan semasa lawatan ini dijalankan.