Pada 16 Julai 2012 seramai 10 orang pegawai/kakitangan Bengkel Daya Sungai Petani telah menyertai Lawatan Sambil Belajar Ke Jabatan Akauntan Negara Cawangan Perlis untuk mempelajari dengan lebih terperinci mengenai 5S. Kami bertolak ke Perlis pada pukul 9.00 pagi dan tiba di Jabatan
Akauntan Negara Cawangan Perlis pada pukul 11.00 pagi. Setibanya di sana kami diberi Taklimat ringkas mengenai 5S oleh Pengarah Negeri iaitu En Ab. Ghafar bin Sulaiman dan seterusnya kami dibawa melawat setiap Zon di Jabatan tersebut.