Monday, December 13, 2010

Latar Belakang BDSP

Bengkel Daya Sungai Petani Kedah telah beroperasi pada 2 Januari 2003, ketika itu dikenali sebagai Bengkel Terlindung Sungai Petani.Dibina di kawasan seluas 3.5hektar di Jalan Pahlawan Sungai Petani di dalam Kompleks Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Muda. Di Kompleks ini turut menempatkan Pejabat Kebajikan Daerah Kuala Muda.Lokasi Bengkel ini terletak lebih kurang 1.5kilometer dari Bandar Sg.Petani. Kos pembinaan bengkel ini adalah lebih kurang RM 5.6 juta.
Pada awal penubuhan,kemasukan kumpulan sasaran OKU adalah dari Zon utara sahaja namun begitu setelah beroperasi,kemasukan pekerja tidak berapa menggalakkan,kini bengkel ini dibuka kepada golongan OKU dari seluruh negara.
Penubuhan bengkel ini adalah berdasarkan rasional bahawa golongan Orang Kurang Upaya(OKU) juga mempunyai potensi untuk turut memberi sumbangan positif terhadap pembangunan negara. Pada peringkat awal operasi,bengkel ini hanya 12 orang pekerja OKU sahaja,kini jumlah pekerja mencapai 41 orang terdiri dari pelbagai kecacatan seperti anggota,akal,pendengaran dan penglihatan.
Kini bengkel daya Sungai Petani menyediakan peluang pekerjaan yang lebih efisyen kepada golongan Orang kurang Upaya.Terdapat beberapa buah Bengkel seperti bengkel Kicap,bengkel dobi,bengkel coklat,pertanian,ternakan ikan keli,pusat pameran dan jualan dan bengkel jahitan.
Semua kemudahan yang disediakan disini untuk memberi jaminan masa depan yang lebih baik kepada golongan OKU. Setiap pekerja OKU di bayar gaji bulanan termasuk caruman KWSP dan SOCSO selain daripada mendapatkan Elaun Pekerja Cacat (EPC).Pihak pengurusan Bengkel Daya Sg.Petani amat berharap agar matlamat untuk golongan pekerja OKU ini berjaya suatu hari nanti dapat dicapai sepenuhnya untuk meletakkan mereka setaraf dengan orang normal.

Hari OKU Antarabangsa

Tarikh: 11 Disember 2010.
Hari : Sabtu
Tempat: MITC Melaka.

En.Majid , Staff BDSP dan Pekerja OKU bertungkus lumus  menyiapkan tempat pameran untuk Hari OKU.

Pekerja OKU sedang memasang Banner Bengkel Daya
Bermulanya Hari OKU Antarabangsa, pelbagai gerai pameran dari seluruh malaysia turut serta pada hari tersebut.

Gerai Kami

En.Majid bersama Staf Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi.

Pengurus BDSP sedang diberikan penerangan mengenai kerusi roda elektrik





Wednesday, December 8, 2010

Lawatan Penghuni OKU dan Staff BDSP ke Kuala Lumpur.

Tarikh: 3 November 2010
Bertolak: 9.00 mlm- Perjalanan menaiki Keretapi Tanah Melayu (KTM)
Dari : Sungai Petani -  Kuala Lumpur
Jumlah  Peserta: 43 Orang.

Akitiviti sepanjang tahun 2010

Pertandingan Nasyid PKMD & PDK Peringkat Negeri Kedah

Jamuan Perpisahan Staff BDSP 2010


Memperkasa pendapatan OKU

sukan bdsp ngan ptptl 29/7

jamuan raya bdsp 2010

Aktiviti-aktiviti Di Bengkel

Bengkel Dobi



Bengkel Coklat


Bengkel Kicap




Nurseri/Tapak Semaian



Kolam Ikan Keli


Pembersihan Kawasan



by Zur.





Tentang BDSP

Objektif
  • Mewujudkan peluang pekerjaan kepada orang kurang upaya.
  • Mempertingkatkan tahap keupayaan, kebolehan, pengetahuan dan kemahiran warga kurang upaya.
  • Memberi sumber pendapatan kepada warga kurang upaya.
Kriteria Kemasukan
  • Berdaftar dengan JKM
  • OKU yang terlatih berumur 18 hingga 45 tahun
  • OKU fizikal dan masalah pembelajaran
  • Bebas daripada penyakit berjangkit
  • Boleh mengurus diri sendiri
  • Percubaan selama 3 bulan bagi pekerja OKU yang baru diterima masuk
Projek / Pekerjaan
Bengkel Daya Sungai Petani menjalankan projek-projek / pekerjaan seperti:
  • Kicap
  • Coklat
  • Dobi
  • Jahitan
  • Kerja-kerja Am / Kebersihan Kawasan
  • Kolan Ikan Keli
  • Nurseri / Semaian