Wednesday, December 26, 2012

Sambutan Hari OKU Peringkat Kebangsaan 2012

Salam semua...

Pada 3 Disember 2012, pekerja OKU BDSP telah menerima jemputan untuk menyertai Sambutan Hari Orang Kurang Upaya Peringkat Kebangsaan di Dewan Felda, Jalan Semarak Kuala Lumpur. Untuk pengetahuan umum, Hari Orang Kurang Upaya Kebangsaan disambut pada 3 Disember tiap-tiap tahun selaras dengan pengistiharan Hari Kebangsaan Orang Kurang Upaya oleh Resolusi Bangsa-bangsa Bersatu. Objektif ianya diadakan ialah:
  • Memberi kesedaran di kalangan orang ramai bahawa orang kurang upaya (OKU) sebagai anggota masyarakat mempunyai hak dalam masyarakat dan tidak menganggap mereka sebagai kurang berkebolehan serta tidak berguna
  • Meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang tanggungjawab mereka terhadap OKU dan seterusnya menggerakkan komuniti supaya meningkatkan kemudahan-kemudahan untuk OKU
  • Mempertingkatkan kebolehan, keupayaan, kemampuan serta kemahiran golongan OKU ke arah pencapaian yang cemerlang dan sekaligus manfaatkan pembangunan negara
  • Merapatkan lagi hubungan kerjasama di antara Kerajaan dengan pertubuhan sukarela serta sektor korporat dan komuniti di dalam usaha mewujudkan pelbagai kemudahan untuk orang kurang upaya
  • Mendedahkan kepada orang ramai akan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan dan pertubuhan sukarela bagi OKU
Seramai 30 orang peserta dari BDSP telah hadir ke program tersebut yang telah dirasmikan oleh YB. Dato' Noriah Kasnon, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
 
Singgah ke Putrajaya pada sebelah pagi



Happy faces
 
 




Sempat bergambar dengan personaliti Ras Adiba Radzi

 

Tuesday, December 11, 2012

Sukaneka Pekerja OKU 2012

Hari ini bertempat di perkarangan Pejabat Pentadbiran BDSP, satu program riadah diadakan iaitu Sukaneka Pekerja OKU 2012. Program ini melibatkan semua pekerja OKU dan wargakerja BDSP. Penyelaras program ialah Encik Azharun Che Rus dan dibantu oleh staf lain sebagai jawatankuasa. Ia merupakan program tahunan dimana objektif utama program ialah mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan  dalam kalangan kakitangan dan pekerja OKU sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja.
Program bermula sejak pagi dengan pelbagai acara sukan seperti musical chair, gula-gula dalam tepung, pingpong sudu, makan epal, bowling kelapa dan mumia. Selain itu, acara diserikan lagi dengan cabutan nombor bertuah dimana hadiah yang diterima adalah berbentuk hamper makanan.
Berikut adalah gambaran suasana semasa program ini dijalankan.

























Urusetia Sukaneka Bengkel Daya Sungai Petani